Saturday 30 July 2011

Gangster

Assalamualaikum


Hai Ayahanda and Brother-Brother Besar sekalian

Sekarang kan zaman gangster dah up semula macam dulu-dulu . Siapa gangster , dia berkuasa . Zaman sekarang ni , even budak sekolah pun semua dah terjebak dengan gangsterisme semua ni . Siapa kuat dia berkuasa , siapa ada ramai geng and kawan , dia berkuasa .

Boleh pow sana sini , boleh pukul sana sini , boleh rompak sana sini , boleh lepas geram sana sini , ingat korang siapa ? Cuba one on one . Aku berani bet ramai yang akan lari and panggil budak-budak and brother or lebih famous dengan panggilan Abang Long .

Abang Long

Gua Abang Long diorang , gua jaga diorang . Siap berani langgar or buat pasal dengan diorang . Mesti hadap gua dulu bai
Dengan statement berikut , cukup membuktikan Abang-Abang Long korang ni bodoh belaka . Sebab dengan automatik and tak langsungnya jadi kuli batak korang yang akan memperjuangkan korang . Contohnya , apabila korang bergaduh dengan orang yang lebih kuat or berkuasa , Abang Long akan turun padang and deal dengan orang yang korang gaduh tu . Kata kan la Abang Long ni luka or injured kat mana-mana anggota badan , korang tak payah bayar pampasan or minta maaf dengan dia . Ini dah menunjuk kan betapa cetek nya akal Abang-Abang Long ni kan ?
Tapi Brother , budak-budak gua tolong gua der , Bayar gua kot . Ada duit dam pula bai . Jaga kawasan gua . Kalau gua perang tahap gaban , diorang turun . Tak kira la apa aras melintang . Tak gitu adik-adik ?
 Ini juga bukti kukuh yang menunjuk kan bahawa adik adik dan juga follower ni sengal aka budus . Yang korang nak bazirkan masa bergaduh and rebut kawasan apahal ? Korang jual apa je sampai nak rebut kawasan ? Dadah sekilo 6 Riban ? Come on la . Duit makan pun minta awek Mak Bapak , ada hati nak bergaduh . Puuuui . Sial la !

AYAHANDA
Gua la Ayahanda lu orang . Lu orang mesti dengar cakap gua . Minum sup kaki gua and sedekahkan semua awek and barang-barang korang kat aku . Bila gua nak perang , lu orang mati takpe , bukan gua .
Damn kan ? Macam ni ke Ayahanda yang bertindak sebagai Ayah ? Macam bangang kan ? Memang la aku tak tahu sangat function Ayahanda ni tapi dari selidik yang aku buat sendiri and berdasarkan pengalaman aku as Gangster Persendirian . Aku tahu and faham . Trust me .

Kalau dia pergi bergaduh dengan Ayahanda geng lain , kenapa nak orang masuk campur ? Kata kau Ayahanda . Kan sepatutnya Ayah melindungi anak-anaknya ? Ni nak orang lindung kau pula ? Please la . Mana telur kau ? Menetas ?
Dia macam Godfather bai . Keluar Samurai kot . Ada haritu dia cerita kat aku dia ada pistol . Hebat lagi menggiurkan kan ?
Budus punya pengikut . Kena kencing buta-buta je . Nak tengok Samurai betul ? Orang-orang yang special je ada benda-benda macam tu . Kalau ramai yang ada , boleh libas orang sana sini , aku pun nak juga . Kalau aku tak puas hati dengan lecturer aku je . Aku libas . Apa ada hal . Polis kan tidur je kerja .

Duit DAM and Yuran Perlindungan 


DAM tu maknanya macam denda la . Kiranya siapa yang buat salah or melanggar peraturan kelab , wajib membayar DAM . Tak ke budus bayar DAM buta-buta kat Ayahanda and Abang Long tu ? Bukan masuk dalam account Persatuan pun . Duit tu masuk poket and jadi duit makan tak pun topup diorang . Alangkah samdol nya hangpa . Isyh .

Hangpa semua kena bayar aku RM360 sebulan . Sebagai duit perlindungan . Kiranya kalau jadi apa-apa or nak minta bala tentera boleh la panggil .
Bunyi macam cool and menakutkan kan ? Tapi cuba korang fikir . Ada ke orang yang nak mengabdikan diri untuk datang masa ada urusan penting semata-mata nak cederakan diri bergaduh untuk korang ? Memang la ada tapi tak ramai . Sikit sangat laa percentage nya .

Katanya untuk perlindungan . Macam mana pula kalau orang yang minta duit pelindungan tu yang dipukul ? Pernah terlintas tak dekat otak korang ? Siapa diorang nak panggil ? Mana ada siapa-siapa kan ? Mereka pun okay je hidup macam tu . Pandai-pandai protect diri sendiri la Brother . Takkan baru kena cucuk sikit dah panggil Abang-Abang kot . Haha

Kesimpulannya ialah tak payah la korang join benda-benda macam ni . Contohnya PEKIDA , TIGA LINE , DOUBLE SEVEN and 36 . Aku berani cakap benda-benda macam ni semua sebab berdasarkan pengalaman hidup sendiri . Buktinya aku dah pernah lalui perang sendiri . Dengan kawan-kawan sendiri . Bukan dengan orang yang korang tak kenal and geng-geng yang entah dari mana diimport .

1 comment:

Anonymous said...

group 36 dah lama graduate laaa, diorang memang gengster. sebab tu group 38 macam layan tak layan dengan senior diorang tu. haha