Friday, 12 August 2011

Caring and ambil kisah .

Assalamualaikum

Apa khabar para-para girlfriend and boyfriend . Sihat ? Isu sekarang yang selalu jadi perdebatan antara manusia-manusia pencinta alam manusia sekalian ialah tentang caring antara satu sama lain . Lebih-lebih lagi antara couple atau pun pasangan yang sedang panas bercinta . Ini perkara biasa . Banyak pendapat and arguement yang tak terungkai and selalu jadi gaduh antara loveable and adoreable couple sekalian .

Caring


Caring atau dalam bahasa melayu ialah ambil kisah tentang seseorang . Tak kisah la tentang sesiapa pun . Terutama couple . Ambil kisah tak semestinya wajib untuk text atau pun call hari-hari sampai salah satu dari pasangan naik muak atau pun meluat . Ini fakta . Guys , tolong jangan nafikan . Aku tahu ramai juga lelaki yang suka text and message awek 25 jam sehari and 8 hari seminggu . Tapi bukan  semua and most of them tidak suka text sepanjang masa .

SMS and Call .
Ris , aku ada BF , tapi macam takde . Dia tak text or call aku dah 3 hari . Kalau call pun kadang-kadang then letak handphone tak cakap I Love You .
Di sini terserlah sifat gedik and minta penampar seorang gadis kan ? *Gadis-gadis , don't worry . Aku still side korang . Jangan benci aku . OK , adakah call and message tu satu benda wajib dalam kitaran satu perhubungan ? Ada dalam keperluan asas tak ? Kalau ada aku nak tahu please . Sebab kalau korang kata ada , aku rasa parent kita yang dulu-dulu takde la boleh kahwin and bahagia macam sekarang .



Sebab setahu aku dulu takde lagi handphones and they still survive . Kadang-kadang takde khabar pun sampai berbulan-bulan . Parent aku still an adoreable couple . Lagi pun , kalau text pun , nanti akan tanya soalan yang dah beribu-ribu kali tanya . Ni aku berani bet aku betul .

  1. Sayang buat apa ?
  2. Sayang dah makan ?
  3. Sayang makan apa ?
  4. Sayang dah mandi ?
  5. Sayang dah buat homework ?
  6. Sayang taknak call babi baby ke ?
  7. Sayang dah study ?
  8. Sayang dah korek hidung ?
  9. Sayang dah berus ketiak ?
  10. Sayang dah cungkil kuku ? 
Damn ! Sumpah bosan . Tak muak ke ? OK fine . Tak setuju takpe . Aku tak paksa . Kalau call and message setiap hari tu kan pembaziran namanya . Kredit sekarang mahal tau . Message 1 sen kot . Call lagi la mahal . Adoi . Cakap aku kedekut ? Fine . Bazir tu kan amalan syaitan . Aku taknak la follow amalan tu . Lagi pun , kalau tak text and tak call tu tak bermakna kami lelaki-lelaki maskulin ni tak ambil kisah pasal korang . Cuma dah sampai comfort zone kan . Faham-faham la .


'I Love You' and attention
Tapi Ris , kami perlukan perhatian dan attention . Kami perempuan . Tolong la faham kami . Jiwa kami meronta-ronta . I Love You tu ayat keramat tahu tak ? *nampakkan ?
Pasal tak cakap I Love You pun boleh jadi perang dunia . Ini paling sengal bagi aku . Sangat-sangat . Even kalau aku pun , muak kot . Kau tak muak ? Fine , tak muak . Macam ni la . Kau pergi depan parent korang and korang cakap la I Love You ni banyak-banyak kali or once a day . Try tengok . Silap-silap kena lempang sebab parent pun cakap muak and pelik .

Tapi pada aku , kalau cakap dekat parent benda ni lagi bagus . Lagi pun , korang tak muak ke bila boyfriend dengan sangat mudah cakap perkataan tu . Itu kan ekslusif . Lagi jarang , lagi ekslusif . Ini pendapat aku , aku tahu korang ada pendapat sendiri yang sangat bernas and betul dari aku .



Comfort Zone




Dulu masa mula-mula try aku , hari-hari text aku . bagitahu je mana nak pergi . Tahi berapa ketul pun dia bagi tahu berapa ketul . Aku sedih dia berubah Ris
Ini kronik . Yela . Tu dulu . Masa mula-mula kenal . Biasa la tu . Kata nak dekat kan .Mesti la tunjuk effort . Masa tu belum sampai level Comfort Zone . Bila dah sampai tahap yang orang kata mempercayai and sumpah setia , kami lelaki akan bagi korang ruang sedikit untuk bergerak . Tapi kami pun nak juga bebas , namun selalu tak diperkenankan . Korang nak letak gam ke kat buntut masing-masing bagi melekat ?

Masa mula-mula nak try dulu , kalau boleh tengah tidur pun nak dengar dengkuran .Ada manusia macam ni ye . Tapi sekarang , kalau boleh nak jumpa je . Malas text . Ini lah dikatakan revolutionary man . Please all the guys , support aku lagi . I'm with all of you man .


Trust 


Satu lagi huge issue . Aku faham semua macam anxious nak baca yang ni . Cool . Jangan guling-guling nangis or tekinja-kinja gelak . Aku rasa part ni paling critical sebab kalau takde trust , memang semua tak jadi . Aku repeat . SEMUA .
Kalau tak text Ris , aku tak percaya dia . Entah-entah dia keluar dengan perempuan lain ? Macam mana nak percaya ? 
Adoi . Kalau tak percaya , kenapa couple ? Aku tanya je . Jangan terasa . Ni soalan random semata-mata . Kan pernah ada quote yang menyatakan bahawa "Relationship needs trust" . Aku percaya benda ni . Kalau takde trust , better korang apart je . Untuk kebaikan dua-dua . Percayalah . Daripada masing-masing merungut . Lagipun tak salah rasanya kalau kenal bertahun untuk cari trust tu . Tak perlu la baru kenal 3 minggu minta couple dah dapat . *cheap .

Spend time together gether


Spend time bersama ni pun akan jadi isu bila hujung minggu lelaki-lelaki macho ni akan keluar and lepak dengan kawan-kawan hot mereka . Biasa la . Lelaki kot . Lagi-lagi kaki bola or kaki Cyber Cafe . Kami memang suka lepak sama-sama . Kan kata lelaki . Ingat korang je ada so called Girls day out ? 


Fine ! You pentingkan kawan-kawan you dari I ! You sayang I ke tak ? I hate you .*kejap je tu
Ayat cetak rompak drama Yusof Haslam . Typical Malay . Hello , kalau aku pun , aku pentingkan kawan lagi . Maybe ada sesetengah lelaki tu memang lagi suka hangout dengan awek sendiri dari member-member . Aku tak nafikan tu . Untung la perempuan yang dapat lelaki macam tu . *Mungkin si lelaki tak ramai kawan . Ajak lepak je , malas and takde duit . Awek ajak je ,
OK sayang . I kutip you . Di mana ? Nilai ? OK . Sekejap ye . I dekat JB ni . Sekejap lagi sampai .
Aku ada je kawan macam ni . Tapi takkan state nama . Korang tahu aku ni beradab kan . Please la . Lagi pun , takkan dengan laki pun korang rasa terabai bagai macam nak bunuh diri ? Boring gila life korang . Tolong la jadi matang and attactive sikit . Cuba cari kawan-kawan . Macam enrty aku yang lepas . Sila la baca .

Conclusion

Sekarang awek-awek cute lawa  faham kan apa masalah biasa dalam perhubungan masa kini . Tak relevant kan ? Aku tahu korang baru sedar benda ni . Masih tak terlambat . Benda simple je sebenarnya , tapi jadi complicated bila takde chemistry and kefahaman yang bagus antara most annoying adoreable couple . Apa-apa masalah , boleh email dekat aku @  harrisfitri@gmail.com . Lagipun korang antara pemberi idea . Terima kasih .

9 comments:

Miranisa =) said...

doktor cinta.
tapi saya suke text die sbb nak ajak main teka teki . camne ni ? takkan die rimas gak ? :p

Anonymous said...

rimas gk..nakk main teka teki kat laptoplahh

Beast said...

rimas tahu tak main teka teki . Ingat comel ke ? haha !

Diweis Lynn said...

aku ingt sape yg tulis blog nie..rupenya sahabat sendri kowt.. anyway, syabas bro! bak kata bf gua, kepercayaan perlu d jaga, kesetian ikrar cinta.. curang musuh dlm cinta..

renung-renungkan lar yerr...

salam...

Miranisa =) said...

disable anonymous disable anonymous !

Beast said...

takpe . nak anynamous . tu Lokman la . haha

fify said...

aku agak geram dgn entry ni sbb banyak terasa tp aku sukaa! haha

next entry pelissss.

Beast said...

Esok or lusa la . mcm awal je . yela . nnt tak seronok dah baca . kira mcm limpahan blog

NUR FARHAH said...

So, kiranya normal laaa kalu bf cam abaikan gf tu...kire ati tetap syg lagi laa ni an...ok klu cmtu xpe...