Wednesday 2 April 2014

Nurse and Schedule

Assalamualaikum

Our job as Nurses is to cushion the sorrow and celebrate the joy everyday, while we are doing our job



Ramai orang cakap Nurse kerja yang mudah. Hanya setakat basuh taik, serve makanan and layan pesakit. Tu dah dikira Nurse atau Jururawat. Lebih mudah dipanggil waiter. macam pelayan dalam bar or restoran kedai makan. Cuma beza nya kedai makan orang duduk. Pesakit di hospital baring. Ramai yang still tak tahu the real fact of being a Nurse and what skill do we have that qualified us to be a Nurse.


Do you really know what the Nurses do in the ward? Bila patient cardiac arrest, rasa-rasa siapa yang akan first attend patient or active code blue dan resust team? Semua tu Nurses yang buat and we are trained to do so. We are Professional. Bukan orang yang tak ada kelulusan untuk buat semua tu. And the worst thing yang most of the Nurses gone through is the Schedule and time dengan family. Just tanya semua Nurses. 80% mengalami masalah yang sama. Tak ada masa. This is why I would like to share with you why you should appreciate when the Nurses are working.


NORMAL SHIF

Here is the normal schedule for a Nurse

Morning shif : 7 AM - 2 PM
Evening shif  : 2 PM - 9 PM
Night shif     : 9 PM - 7 AM

Siang hanya 7 jam per shif. Malam 10 jam. Untuk hospital swasta macam aku, bila shif malam memang best sebab selalunya akan dapat tidur mungkin dalam 1 jam at least. Tapi kalau hospital kerajaan aku tak rasa diorang ada masa untuk duduk pun sebab pesakit memang takkan pernah putus. That's why all my respect goes to them. Just imagine you're working in a ward full with critical patients and patient non stop buat hal contohnya Bradycardia, Tachycardia, and macam-macam lagi.


DOUBLE SHIF

Ini ialah shif yang paling menakutkan dan fobia bagi semua Nurse. Double shif ialah seperti berikut:

Double shif : 7 AM - 9 PM (14 HOURS)

Lama tak 14 hours? Can any of you just stand and keep walking around treating patients in a ward of 25-30 patients tanpa stop? Maybe stop untuk breakfast and lunch dalam 15 minit setiap rehat. Setiap Nurse sangat suka pekerjaan sebagai Nurse. Terlalu suka. Apa yang mengahalang dari jatuh cinta lebih mendalam dengan Nurse ialah shif macam ni. Bukan emrungut. Just letak diri kau sebagai Nurse ni. Apa rasa? Nice kan.


Kenapa Kena Double Shif?

Selalunya bila kena double shif ialah staff MC atau pun staff EL. Itu semua faham kadang-kadang orang sakit atau pun ada hal yang tak boleh dielakkan. Tapi ada 1 sebab yang most of the Nurses tak boleh nak terima iaitu STAFF TAK MENCUKUPI. Just imagine double shif twice a week. Dengan ada alternate kerja shif malam. Waktu tidur akan lari dan susah nak selari semula. Malam pun kadang kadang terkebil dan tak boleh nak tidur.


Kualiti Kerja

Kualiti kerja untuk 14 jam sangat teruk. Sebab untuk 14 jam yang selalunya hectic memang tak seronok dan Nurses will be unhappy. Pihak pengurusan fikir tentang macam mana nak potong perbelanjaan Hospital supaya dapat maximum income. Siapa saja yang tak letih lepas bekerja selama 14 jam? Jangan pandang rendah terhadap Jururawat. They deserve better. In every aspect.



Nak duit lebih wajib kerja lebih. Tak boleh gaji basic saja. Locum tu wajib


Money vs Time

Duit bukanlah segala galanya tapi segala galanya memerlukan duit zaman ini. Dengan hanya duduk tak berbuat apa tak mungkin dapat menjana pendapatan. Memang kita memerlukan sistem barter dengan masa supaya kita dibayar dengan duit. Ini tak dapat dinafikan. 

Duit boleh diganti. Masa boleh diganti? Pernah anda fikirkan macam mana Jururawat yang tak boleh nak pulang ke kampung untuk melawat orang tersayang? Jururawat yang berkeluarga, suami, anak? Mereka banyak korbankan waktu untuk pesakit.

Conclusion

Aku harap sangat kerajaan Malaysia akan ada kan siasatan lebih lanjut di setiap Hospital sebab banyak hospital yang melanggar rules and regulation di Hospital terutamanya roster Nurses. Roster Nurses ditekan dan Nurses dilayan dengan kurang prikemanusiaan. Ada banyak peraturan terutamanya hospital Swasta langgar. InsyaAllah 1 hari nanti Nurses will be one of the best profession around and people will appreciate it more like it supposed to be.

When you are a Nurse you know that everyday you will touch a life or a life will touch yours

Harris Fitri 

Wednesday 18 April 2012

Kenapa lelaki tak suka perempuan yang ramai kawan lelaki

Assalamualaikum

Apa khabar pencinta blog ni semua ? Dah lama sangat tak update blog . I'm superbusy . Sorry . Sebenarnya dah kering idea sebab busy sangat nak habis study dah kan . Bila dah tak ada tajuk macam ni , aku suka usya di Twitter ada tak orang yang bangkitkan isu-isu best and I found one . Kenapa lelaki tak suka perempuan yang ramai kawan lelaki ?

Mesti ramai pelik kenapa lelaki macam tu . Aku akan huraikan satu-satu bagi hangpa faham apa aku nak sampaikan dan lelaki-lelaki luar sana nak sampaikan .

1.Insecure

Perasaan macam ni paling biasa pernah hangpa dengar kan . Benda ni biasa . Biasa la tu . Tapi benda ni memang betul and proven right . Yelah , kata kawan tapi ada "sayang" and "I miss you" . WTF ? So macam mana ? Kalau lelaki buat macam ni mesti perempuan akan bising and give the same reason . Kawan and lebih dari kawan tu banyak beza . Friendzoned ? Benda tu agak bullshit sebenarnya . Itu hanya satu zone . Boleh keluar dari zone tu .
Kami kawan je . Biasalah tu sayang-sayang and keluar berdua . Sekarang ni zaman moden la . Kalau ada boyfriend pun , aku still akan pilih kawan sebab dia yang akan stick through thick and thin .
Even me myself baru je keluar dari friendzone . Benda ni is totally bullshit . Even dah biasa panggil 'aku-kau' and carut masing-masing tapi benda tu kadang-kadang hanya luaran , dalaman takde siapa yang tahu . Entah-entah sayang agaknya . So jangan langsung percaya kepada 'FRIENDZONED'.

2. Ramai LELAKI dari PEREMPUAN

Kenapa pelik ? Yelah sebab awak tu kan perempuan . So act like one . Kawan la dengan perempuan lagi ramai . Kan elok . Nak juga kawan dengan lelaki banyak sebab kononnya lelaki ni kurang backstab . Zzz . Alasan biasa . Aku lelaki , selalu je kena backstab . Benda sama je . Cuma method kau pilih kawan tu . Pilih kawan yang elok dan baik . Dah asyik pilih backstabber , harapan lah .
"Kawan dengan lelaki senang , takde backstab aku . Kalau perempuan akan sentiasa backstab aku" . "Memang kawan perempuan kau dari kecil semua anak pembunuh ke ? Menikam je kerja dari belakang . 
Kalau cara pilih kawan hanya menerusi social network , memang merapu la jawabnya . Di mana logik akalnya pilih kawan menerusi social network ? Kena faham satu benda . Dalam social network ni , 'Sesiapa pun boleh jadi sesiapa dia nak'. Maksudnya , 'PALSU'. Kononnya post status or tweet pasal alim-alim . No couple before marriage , last-last , dia la manusia paling heboh dalam dunia bercinta . Ironic much ?

3. Lebih senang berbual

Berbual ? Yes . Kononnya perempuan 'Urban' . Banyak mencarut . Yes . Mencarut . So lepak dengan lelaki lagi senang sebab diorang cakap lepas . Senang nak mencarut . Kat rumah Mak tak bagi mencarut . Sangap letuew . Perempuan fitrahnya lembut , mana sesuai carut . Nanti kena carut balik . Lelaki ganas dan kasar , kan ada beza tu . Think again .
"Pundek la kau ni . Pantat busuk betul . Anak haram la kau ni . - New way on how girls communicate .
So kiranya kalau sembang cara kasar and carut is the new way to attract some attractions from guys kan . Rendah nya pemikiran . Cetek . Rasa-rasanya kalau kau kaki mencarut and cakap lepas , ada tak sesiapa nak jadikan kau as future wife ? Mungkin lebih kepada 'One Night Stand' . Benda tu memang tak seronok . Think Girls .

4. Senang nak diajak lepak 24/7

Salah satu alasan terbaik diberi kaum Hawa untuk pergaulan macam ni . Senang nak ajak keluar or lepak . Kalau kawan dengan perempuan lain susah nak keluar di luar waktu biasa . So kalau lelaki senang nak keluar sebab dia LELAKI . Kalau kawan perempuan mana boleh keluar sesuka hati . ada waktu-waktu tertentu je . So kononnya limited time nak hang out . Kami urban , so kami perempuan yang hanya keluar malam .
Kawan dengan perempuan ni susah , nak lepak malam-malam pun susah . Tak urban la tak lepak malam . Sebenarnya saya akan sakit jantung kalau lepak kat rumah malam-malam .
Kononnya suka jadi kelawar . Siang duduk rumah je . Malam sneak out then lepak . Kawan-kawan lelaki yang ambil pun galak kan . Then I'm wondering what is your activity ? Aktiviti lelaki juga ? Seems awkward I guess . Aktiviti lelaki bila malam ialah aktiviti yang sangat tidak sesuai untuk perempuan join . Kalau tak percaya , you should join my activity one day .

5. Kawan Mengadu

Pernah dengar istilah ni ? ' Kawan Mengadu' . Mesti pernah kan ? Yelah . Kononnya kalau nak mengadu , wajib lah dengan kawan yang lain jantina . Kalau kawan yang sama jantina tak seronok lah . Nanti kurang feel la . Biasa la tu . Lagi pun nak gedik tu senang . Kawan lelaki kan akan tumpu perhatian lebih . So perempuan-perempuan ni pun suka la lalu suka la mengadu almost hari-hari .
Bila mengadu masalah aku kat perempuan juga , diorang tak faham masalah aku . Tapi kalau aku mengadu kat Lelaki diorang terus faham . Diorang pay attention lagi kot . How sweet kan .
Then sampai satu tahap Lelaki tu akan suka kat pengadu perempuan ni . Akan timbul one feeling kononnya suka kat perempuam then at last , lelaki tu akan jadi 'Rebound' . Mesti faham maksud "rebound' kan ? Maksudnya jadi lantunan bila sedih .Kenapa tak boleh mengadu dekat kawan perempuan juga ? Hanya sebab dia perempuan then alasan terbaik yang akan diberi ialah 'Dia Takkan Faham' . Bullshit .

Kesimpulan

Bukan maksud aku anti sosial taknak kawan langsung dengan lelaki , tapi cara layanan masing-masing tu yang paling penting . Lelaki memang tak suka perempuan yang ramai kawan lelaki . Ini adalah fakta . Pergilah tanya semua lelaki di luar sana . Ada sesiapa yang cakap dia suka , aku berani potong 'telur' aku . Lelaki akan fikir nanti perhatian korang akan terbahagi kepada bercabang-cabang dan tak tumpu kat dia seorang . Benda ni la lelaki paling tak suka .

The feel of ignorance is something that all of us hate . The risk is simply not worth the chance that we gave . So remember . Never let this thing happen in your life . Usually things get worst without you even realize .

Friday 10 February 2012

Suami Fantasy dan Reality

Assalamualaikum


Apa khabar pencinta dan pembenci dunia sekalian ?
Setakat korang hidup ni , pernah kan korang dengar kan kawan-kawan korang asyik cerita macam mana ciri-ciri bakal suami / isteri mereka ? Aku bet macam-macam jenis yang korang dengar kan . Ada yang suka bad guy , ada yang suka good guy , ada yang suka perempuan 'Party Girl' , dan macam -macam lagi . 


Jangan samakan taste korang dengan taste orang lain sebab masing-masing ada cita rasa sendiri kan . Berdasarkan pengalaman aku sendiri dan cerita-cerita yang aku dengar dari kawan-kawan aku , so aku decide nak post pasal benda ni . Lets get thing started .


Fantasyimagination, especially when extravagant and unrestrained.


Reality - The quality or state of being actual and true .


http://www.thefreedictionary.com/reality



Ciri bakal Suami Fantasy

Ini adalah ciri-ciri yang sangat fantasi . Maksudnya ciri-ciri yang konon-kononnya diidamkan tapi akhirnya crash tengah jalan . Sangat menyedihkan . Tapi lelaki macam ni yang akan dijadikan Boyfriend sebab tak malu nak tunjuk kat orang , kawan-kawan and family . 


1.Stylo and Milo

Mesti ramai perempuan akan cakap nak lelaki macam ni . Stylo , handsome , biar poket rabak tapi muka market . Senang nak ambil gambar bersama and post kat Facebook . Yela , kalau tak malu la kalau muka tak market . At least kalau muka style and dress up ala-ala K-Pop or Band Boy kena lah puji sikit dari kawan-kawan . Lebih-lebih lagi yang muka ala-ala artis .
Kalau Mr Balak tak handsome mana boleh jadi Mr Balak oi . Mesti la handsome even duit rabak . Market tu kan penting . Nanti kawan-kawan kutuk malu tau
So acane ? Mesti pernah dengar kan ? Biasa la tu . So lelaki handsome yang takde duit dan kedudukan tu faham-faham lah . Dalam dunia sekarang , kalau hangpa takda kedudukan dan pendapatan yang boleh bagi depa makan sedap-sedap tiap-tiap bulan , hangpa bukanlah Calon Bakal Suami Reality . Ini reality .

2. Sosial dan Kaki Club and Party Boy

Hello kaki club and party . Senang kata party people . Kan kalau siapa-siapa yang dapat gelaran ni boleh angkat hidung tinggi-tinggi sebab cool kot panggilan ni . Korang tak rasa cool ke ? Ramai perempuan nak dekat kot kalau dapat gelaran ni . Yela , mesti stylo , pandai menari , suka dengar lagu up to date dan pandai bagi ayat-ayat bunga .
Dia kaki club kot ! Aloha and Zouk dia pegang tau ! Mesti handsome and stylo ! I suka la . Kalau buat bakal suami pun nice sebab nanti Ladies Night boleh pergi dengan dia ! Yeah ! Saya da jumpa apa saya nak ! 
Ini adalah serba sedikit dari apa yang korang selalu dengar kan . Tapi akhirnya lelaki macam ni la yang selalu kena reject dengan bakal mertua sebab tak cukup kriteria yang ada untuk jaga anak dara mereka . So acane ? Ini reality .

3. Huge spender


Huge spender mungkin ramai yang kurang faham dengan maksud aku ni . Maksudnya ialah seorang yang suka berbelanja besar even tak perlu benda tu . Contohnya seperti seorang lelaki yang nampak gah dari luar . Berbelanja sana sini tapi sebenarnya dalam poket kosong dan takde duit sangat . Duit yang ada dalam poket adalah satu-satu nya duit yang dia ada . Padahal , duit dalam bank sengkek . 


Senario nya mungkin macam ni .
Kalau keluar makan dengan awek , mesti makan tempat mahal . Expensive contohnya macam Itallianies or sekurang-kurang nya fast food . And that will cost you around RM 25 at least for both meal . Meanwhile kalau makan kedai biasa pun , okay je . Cuma nak menunjuk sikit kat perempuan tu yang dia ada duit .
Faham kan ? Dalam dunia sekarang , dunia yang menggunakan duit dan keadaan ekonomi sekarang , lelaki macam ni selalunya akan end up dengan 'basic thing' . Which is sebiji kereta , sebuah rumah dan cukup-cukup duit untuk besarkan anak-anak . So girls , mahu kah anda hidup dengan lelaki yang tak ada plan yang bagus untuk next 40 years ? Boros dan tak ada back up plan . Fikir-fikirkan lah .


4. Urban dan ke'barat'an Life Style


This one is the best . Aku suka benda ni . Sebab tu aku letak ni sebagai point yang terakhir . Okay , aku faham sekarang orang kita dah berevolution and even made revolution . Especially to life style . Cara hidup yang tak ada batasan antara agama , budaya dan manusia sendiri . Agama selalu dipinggirkan . Selalu dikebelakangkan dalam apa-apa hal pun . Tengok generasi sekarang . Seberapa banyak yang masih lagi mengamalkan cara hidup islamik ? Or at least , cukup solat . Or at least , boleh  jadi imam masa solat dengan kawan-kawan ? Or at least boleh jadi imam masa solat dengan adik nya sendiri ? Or at least baca doa lepas habis solat ?
Standart la hidup macma ni sekarang . Belum ready la nak berubah . Nanti sampai masa aku berubah la . Masa aku berubah  tu , aku akan bawa sekali anak bini aku . So kiranya masing-masing taubat sama-sama la .
Cara hidup barat yang jauh beza dari kita di Timur ni . Aku tak nafikan even aku sendiri tak perfect . Aku pun lalai . Aku manusia biasa juga . Wanita sekarang tak banyak yang menitik beratkan benda -benda ni dalam mencari teman sehidup semati . Tak reti mengaji pun boleh kahwin and jadi 'imam' dalam keluarga . So how's that ? Dapat bayangkan apa akan jadi dalam keluarga anda ? 


Ciri bakal Suami Reality

Mesti ada kan antara kawan-kawan korang yang akan cerita macam mana orang yang mereka nak . aku bongkarkan semua ni hanya untuk seronok-seronok . Tapi kalau korang rasa nak follow guide aku ni , dipersilakan . Bukannya 100% betul apa yang aku tulis ni . 


1. Beriman

Ciri-ciri lelaki paling diidamkan oleh semua perempuan dalam dunia . Boleh membimbing katanya . Seteruk mana pun perempuan tu , end up nya lelaki macam ni yang akan di pilih . Percaya lah . setakat Bad Boy semua tu hanya untuk buat tayangan kepada umum bahawa dia boleh control lelaki macam ni . Aku rasa semua pernah dengar kan . 
Always save the best for the last
So mesti faham kan maksud phrase kat atas tu . Tak banyak orang yang ikhlas dalam dunia ni . Ingat . Tak semestinya bila kau dah ada satu invisible relationship called 'couple' tu dah cukup syarat untuk dia tak pilih orang yang lebih baik dari kau . Sayang macam mana pun dia kat kau , kadang-kadang benda yang dia mesti fikir dan utamakan ialah anak-anak dia . Takkan la dia nak anak-anak dia terpesong dan lebih-lebih lagi dia . Mesti dia nak orang yang boleh bimbing dia ke Jannah .
Ciri-ciri lelaki yang aku cari yang utama sekali ialah boleh membimbing aku ke Jannah
Inilah apa yang selalu keluar dari mulut kebanyakan perempuan yang aku tanya . Aku ada RAMAI kawan perempuan . Percayalah sebab hidup aku hari-hari dengan perempuan sebab course Nursing yang aku ambil ni . So guys , improve yourself and iman kalau nak jadi rebutan ramai masa kau nak kahwin nanti . Silap-silap boleh kahwin 2 serentak . 


2. Yang Berkedudukan dan Stabil Dari Setiap Aspek


Masa mula-mula kenal hangpa akan cakap yang kedudukan , harta , duit dan pangkat bukan kayu pengukur tapi kelamaan , korang akan fikir juga . Masa depan korang macam mana ? Takkan nak bertungkus lumus cari kerja 2 orang sampai masa nak buat anak pun takde masa . Takkan nak menuai sampai umur 60 tahun dan end up dengan basic thing which is 2 kereta , 1 rumah dan cukup-cukup je duit untuk besarkan anak sampai depa masuk University .
Nantikan yang , kita melancong pi Europe , kita pi Afrika Utara , pi Korea tengok KPOP , pi Milan shopping . Even you kerja gaji RM 2000 je sebulan , I tunggu okay .
Hangpa rasa-rasalah kalau hangpa macam ni , hangpa nampak ka masa depan ? Cerah ke gelap gelita ? Sebab tu ayah aku selalu pesan ,
Hidup ni harus berlandaskan Reality sepanjang masa .
Fahamkan maksud reality ? Tengok kat atas ada definition nya . Semua orang nak hidup mewah dan selesa . Dan benda tu hanya boleh dijanjikan melalui pangkat , harta , pendidikan dan reality . Fantasi sangat-sangat tidak membantu dan jarang membantu .


3. Aset


Aset dalam erti kata lain ialah harta . Kalau korang beriman tapi takde aset atau harta , rasa-rasanya Mak Mertua korang nak tak accept pinangan korang ? Rasa-rasa lah . Kalau aku , even kau Imam Masjid tapi kedudukan aset kau tak tetap , aku takkan terima kau . Nanti dalam bayangan aku mesti terbayang-bayang anak aku makan pasir cicah sos cap Kasturi . 
Kalau aku menunjuk aset aku nanti diorang kata aku bongkak and berlagak pula .
Tak ! Ini tanggapan salah bagi aku sebab bila kau dah sampai tahap serious dengan seseorang sampai nak kahwin , korang wajib tunjukkan yang korang mampu nak tanggung dia dan bakal anak dia . Contohnya kalau kau datang rumah Mak Mertua bawa kereta Kancil tahun 2000 , aku pun cuak nak bagi kau kahwin dengan anak aku even dia kata akan cuba improve . Cuba kau datang rumah Mak Mertua kau pakai Ssangyong Rexton or Kia Fonte . Mesti diorang akan accept kau sebab nampak dari luar lagi kau dah stabil . 
Kalau Mak la , Mak akan pilih si H tu sebab dia bawa kereta besar and boleh jamin jaga kau . Kalau pakai kereta Kancil aku dapat bayangan nanti kau makan pasir cicah sos . 
Bukan maksud aku materialistik , tapi ni jaminan . Cuba kau duduk kat tempat seorang Mak , mesti kau dapat bayangkan betapa risaunya kau kat anak kau kan ? Terutama dari segi kewangan . Memang wang bukan segala-galanya , tapi korang tahu kan semua nya memerlukan wang . Nak buat and bela anak pun perlukan duit tahu ? Ingat anak kau boleh besar dengan kasih sayang semata-mata zaman sekarang ni ? Fikir-fikirkan lah .


4. Penyabar


Ini point paling aku suka bincangkan . Sabar adalah antara benda paling susah untuk kau develop dalam diri kau sebenarnya . Sebab kebanyakan lelaki memang ada sifat macam ni . Sifat yang aggresive and cepat hilang sabar . Ini adalah salah satu kelemahan lelaki paling ketara dan selalu dijadikan alasan kenapa selalu kena dump . Semua perempuan dalam dunia ni nak orang yang sabar dengan kerenah dan perangai mereka . 


Contohnya , perempuan kan ada ABC ( Allah Bagi Cuti ) , so masa macam tu , mood memang akan swing dan cepat marah . So kadang-kadang , sabar tu mesti tahap yang paling tinggi . Nak layan perempuan lebih susah dari layan bayi umur 3 bulan . Ini fakta . Macam-macam benda semua tak betul . 


Kadang-kadang dengan perangai yang annoying dan suka mengarah or kadang-kadang malas memang buat fed up dan hilang sabar . Tapi perempuan suka test lelaki tu macam mana selalu nya . Sabar dari setiap aspek . Contohnya macam nanti satu hari , mesti kau akan ada anak , dan kebanyakan anak akan buat problem . For sure . Terutama anak lelaki , aku rasa kalau lelaki biasa yang tak tahu nak control amarah dia , boleh mati kalau pukul budak . So aku rasa tahap kesabaran tu mesti lah tinggi dan mampu dikawal .


Conclusion


Kesimpulannya ialah kebanyakan cinta yang di bawah umur 21 tahun kebanyakan adalah palsu dan hanya untuk suka-suka dan takkan mencapai ke katil pelamin pun . Sebab kebanyakan adalah hanya cinta nafsu yang berdasarkan rupa semata-mata . Percaya lah . Lagi pun tengok lah sendiri banyak mana yang survive sampai kahwin kan ? Ini lah reality kehidupan . Antara mana yang reality dan fantasi . Next post aku akan ceritakan tentang Isteri Realiti . Aku yakin ramai lagi yang akan tunggu tu sebab ramai nak tahu perempuan apa yang lelaki nak jadikan isteri .


Sekian , Harris Fitri .

Monday 23 January 2012

Loyalty

Assalamualaikum

Apa khabar semua hero dan heroin Cinta di Malaysia ? Sihat ?

Minta maaf sebab dah terlalu lama tak update . Dengan kerja dan amanat lain memang susah nak update blog . Laptop aku pun rosak dan dah jadi bodoh . So perlukan sedikit masa untuk bagi dia pandai semula . Lama aku tak update pasal Love kan . Ramai yang tanya . Kenapa aku tak update pasal tu ? Jawapan yang senang .

I have NO IDEA 

Senang kan jawapan nya ? Lagi pun kalau tengah sibuk , blog bukan lah priority even aku boleh update blog ni melalui phone aku . Okay , lets get to work and rungkaikan apa topic kali ni . Aku pasti topic kali ni sangat membawa hidayah kepada siapa-siapa yang bercinta dan masih menunggu . And mentality bodoh manusia tentang maksud 'LOYALTY' . Bukan 'ROYALTY' .

Apa maksud LOYALTY atau SETIA ?

Loyalty - Faithfulness to commitments and obligations .


Ramai yang dah salah anggap dengan perkataan ni . Dan selalu perkataan ni dicakap kan kepada orang yang salah . Awful kan ? Okay . Rugi lah senang cakap . Sangat rugi . Kalau bagi kat orang yang betul mesti worth it kan . Okay . No jokes this time . Ramai orang dalam dunia ni dah salah buat mengikut maksud kepada perkataan di atas . Contohnya setia kepada Mr Balak dan Cik Awek . Which kadang-kadang makan diri sendiri . Okay . Aku faham perkataan apa yang korang nak cakap kat aku .

Why and Kenapa ?

Why and kenapa jadi macam ni ? Kenapa susah sangat ? Ramai yang tanya soalan macam ni dan tak tahu jawapan sebenar sampai la satu hari tu semua terbongkar dan menyesal dan ugut nak bunuh diri telan cuka kedai Ah Seng . Tak salah setia dalam tunggu orang yang mungkin akan jadi teman hidup kita dalam dunia ni . Atau pun orang yang bagi motivasi untuk berubah or anything . Setiap orang ada sebab sendiri kenapa mereka setia dan tak senang berubah hati . Kalau cinta tu datang selalu , dah takde istimewa benda tu kan ?

Tanggapan Salah Terhadap Orang Yang Setia

Untuk part ni aku akan lebih open dan mungkin akan hancurkan hati orang yang baca ni . Kalau anda jenis yang cepat menangis , jangan baca . Percaya lah . Ini adalah untuk manusia bodoh yang suka memfitnah dan menyampaikan anasir jahat melalui mulut longkang yang tersumbat .

1.Dah 'Kena' Letuueww

Ini adalah salah satu lagi pendapat atau pun pendapat yang sangat bodoh dan juga kadang-kadang tak masuk akal dan sangat memalukan . Benda ni selalu ditujukan kepada kaum perempuan . Kesian mereka yang betul-betul tunggu sebab sayang . Benda tu tak perlukan sebab pun . Dah kata sayang . Banyak sebab . Mungkin sebab diorang handsome ke , playboy ke , reti jaga 'burung' ke ? Mana kita tahu kan .

Benda macam ni memang dikatakan ramai sangat yang akan buka mulut dan cakap macam ni kalau mereka dapat tahu seorang perempuan tu menunggu macam orang gila even EX Mr Balak dah ada orang lain dan hampir mustahil untuk mereka patah balik kat mereka . Memang la kita cakap diorang bodoh la , apa la . tapi tu kan hak masing-masing . Macam hangpa dulu juga . Cakap first love hangpa tahan sampai sekarang ?

Sangat tak baik bila perempuan tu dituduh macam ni . Hangpa ingat semua perempuan murah ka ?

Ahh , sosial gitu , confirm la kena . Tu susah sangat nak move on . Standart la . Kan dah menyesal sekarang . Padan muka . Kalau kahwin pun , confirm kena cerai sebab dah tahu dah kena tebuk .

Aku berani cakap 60% lelaki biasa akan cakap macam ni . Mentality sekarang yang perlu diubah . Tak semestinya macam ni . Mereka ada sebab-sebab sendiri kenapa diorang tunggu and kadang-kadang mereka tak perlu share benda tu satu dunia . Disebabkan satu mulut yang buka cerita pasal ni , memang rumours akan spread dan nak detect siapa yang start adalah hampir mustahil . Aku sarankan hentikan benda ni dan fikir positive .

2.Kena 'Kangkang'

Kalau perempuan macam di atas tu , lelaki pula dituduh kena nasi kangkang . Pernah dengar nasi kangkang ? 

Maksudnya - Nasi atau makanan yang dikangkang dan dibaca jampi serapah dewa tahap tujuh bagi membuat lelaki tu ikut telunjuk . 

Mentality yang agak bodoh di situ dan ditambah dengan kebodohan mulut-mulut yang bawa khabar angin ni . Takkan la hanya sebab dia setia tunggu Cik Awek yang tak layan dia dan dah move on tu kau nak cakap dia dah kena nasi kangkang . Untuk pengetahuan ramai , nasi kangkang bukanlah menu yang senang untuk dibuat . Bukan semua ada kepakaran nak buat macam tu . Even Chef Wan pun perlukan guru kalau dia bercadang nak buat gitu .

Mungkin sebab dia tunggu Cik Awek tu adalah dia susah nak move on ke or dia nampak something yang korang sendiri tak nampak . Kena guna mata dia baru lah nampak apa yang dia nampak special sangat tu Jangan cepat tuduh yang bukan-bukan terhadap mangsa seksaan jiwa kekasih masing-masing ni . Mereka special .

Conclusion

Kadang-kadang tak semua dalam dunia ni kita boleh  faham . Ada juga benda yang susah nak faham . Macam Setia and Loyalty ni . Ini antara benda yang susah nak faham . Mereka ada sebab-sebab sendiri dan alasan kukuh yang tak dapat diorang bagitahu dunia atau korang . Jangan sekali-kali menuduh apa yang tak patut kat diorang ni . Korang tak tahu apa yang pernah dilalui mangsa-mangsa ni . Mereka ada hati dan juga perasaan yang tak patut korang robek setelah mereka dirobek oleh bekas kekasih mereka .

Sekian , Harris Fitri .