Wednesday 2 April 2014

Nurse and Schedule

Assalamualaikum

Our job as Nurses is to cushion the sorrow and celebrate the joy everyday, while we are doing our job



Ramai orang cakap Nurse kerja yang mudah. Hanya setakat basuh taik, serve makanan and layan pesakit. Tu dah dikira Nurse atau Jururawat. Lebih mudah dipanggil waiter. macam pelayan dalam bar or restoran kedai makan. Cuma beza nya kedai makan orang duduk. Pesakit di hospital baring. Ramai yang still tak tahu the real fact of being a Nurse and what skill do we have that qualified us to be a Nurse.


Do you really know what the Nurses do in the ward? Bila patient cardiac arrest, rasa-rasa siapa yang akan first attend patient or active code blue dan resust team? Semua tu Nurses yang buat and we are trained to do so. We are Professional. Bukan orang yang tak ada kelulusan untuk buat semua tu. And the worst thing yang most of the Nurses gone through is the Schedule and time dengan family. Just tanya semua Nurses. 80% mengalami masalah yang sama. Tak ada masa. This is why I would like to share with you why you should appreciate when the Nurses are working.


NORMAL SHIF

Here is the normal schedule for a Nurse

Morning shif : 7 AM - 2 PM
Evening shif  : 2 PM - 9 PM
Night shif     : 9 PM - 7 AM

Siang hanya 7 jam per shif. Malam 10 jam. Untuk hospital swasta macam aku, bila shif malam memang best sebab selalunya akan dapat tidur mungkin dalam 1 jam at least. Tapi kalau hospital kerajaan aku tak rasa diorang ada masa untuk duduk pun sebab pesakit memang takkan pernah putus. That's why all my respect goes to them. Just imagine you're working in a ward full with critical patients and patient non stop buat hal contohnya Bradycardia, Tachycardia, and macam-macam lagi.


DOUBLE SHIF

Ini ialah shif yang paling menakutkan dan fobia bagi semua Nurse. Double shif ialah seperti berikut:

Double shif : 7 AM - 9 PM (14 HOURS)

Lama tak 14 hours? Can any of you just stand and keep walking around treating patients in a ward of 25-30 patients tanpa stop? Maybe stop untuk breakfast and lunch dalam 15 minit setiap rehat. Setiap Nurse sangat suka pekerjaan sebagai Nurse. Terlalu suka. Apa yang mengahalang dari jatuh cinta lebih mendalam dengan Nurse ialah shif macam ni. Bukan emrungut. Just letak diri kau sebagai Nurse ni. Apa rasa? Nice kan.


Kenapa Kena Double Shif?

Selalunya bila kena double shif ialah staff MC atau pun staff EL. Itu semua faham kadang-kadang orang sakit atau pun ada hal yang tak boleh dielakkan. Tapi ada 1 sebab yang most of the Nurses tak boleh nak terima iaitu STAFF TAK MENCUKUPI. Just imagine double shif twice a week. Dengan ada alternate kerja shif malam. Waktu tidur akan lari dan susah nak selari semula. Malam pun kadang kadang terkebil dan tak boleh nak tidur.


Kualiti Kerja

Kualiti kerja untuk 14 jam sangat teruk. Sebab untuk 14 jam yang selalunya hectic memang tak seronok dan Nurses will be unhappy. Pihak pengurusan fikir tentang macam mana nak potong perbelanjaan Hospital supaya dapat maximum income. Siapa saja yang tak letih lepas bekerja selama 14 jam? Jangan pandang rendah terhadap Jururawat. They deserve better. In every aspect.



Nak duit lebih wajib kerja lebih. Tak boleh gaji basic saja. Locum tu wajib


Money vs Time

Duit bukanlah segala galanya tapi segala galanya memerlukan duit zaman ini. Dengan hanya duduk tak berbuat apa tak mungkin dapat menjana pendapatan. Memang kita memerlukan sistem barter dengan masa supaya kita dibayar dengan duit. Ini tak dapat dinafikan. 

Duit boleh diganti. Masa boleh diganti? Pernah anda fikirkan macam mana Jururawat yang tak boleh nak pulang ke kampung untuk melawat orang tersayang? Jururawat yang berkeluarga, suami, anak? Mereka banyak korbankan waktu untuk pesakit.

Conclusion

Aku harap sangat kerajaan Malaysia akan ada kan siasatan lebih lanjut di setiap Hospital sebab banyak hospital yang melanggar rules and regulation di Hospital terutamanya roster Nurses. Roster Nurses ditekan dan Nurses dilayan dengan kurang prikemanusiaan. Ada banyak peraturan terutamanya hospital Swasta langgar. InsyaAllah 1 hari nanti Nurses will be one of the best profession around and people will appreciate it more like it supposed to be.

When you are a Nurse you know that everyday you will touch a life or a life will touch yours

Harris Fitri 

1 comment:

Anonymous said...

Hi, Neat post. There's a poblem together with your site in internet explorer, would check this?
IE still is the marketplace chief and a large component to other
foks will miss your fantastic writing due to this problem.