Monday, 15 August 2011

10 perangai Lelaki yang awful

Assalamualaikum

Apa khabar lelaki-lelaki kacak sekalian ? Selalu aku asyik troll perempuan . Kesian diorang . Kali ni , aku terpaksa troll kaum sendiri sebab macam unbalance . Macam tak adil kan . So nanti , awek-awek comel semua akan anti blog aku . Itu satu keputusan yang aku tak suka .Please like me girls . You know who I am right . I'm on your side girls .

10 perangai lelaki yang perempuan tak suka and kurang disenangi ramai awek-awek comel . Jangan risau . Aku sentiasa ada untuk mengubati semua tu . Lets review . Lelaki semua , jangan pukul aku . Korang tahu aku gangster kan .

1.Player



Bukan pemain tetapi pe'MAIN' . Aku rasa korang faham kan . Very well . Guys , jangan deny . Ini perangai paling perempuan tak suka aku  rasa . Sebab dengan senang hatinya bertukar-tukar awek and main -main dengan ramai perempuan . Sangat teruk . Kan salah and teruk sebenarnya bila couple ataupun bersayang-sayang dengan ramai perempuan sekaligus .
I tak janji apa pun dengan you , you yang syok sendiri bajet kita dah couple .

Kesian perempuan di atas kan ? Cinta perempuan tu kan suci . *some of em . Jangan la dipermainkan . Berdosa kan . Ada yang sanggup gadai badan duit dan harta lain tapi kena kencing . Tadah mulut baik punya . Lelaki pinjam duit semata-mata nak keluar dengan awek lain . Aku tahu hati karang hancur . Takpe . Borang temuduga menantu Hashim and Rozaini Ahmad masih terbuka .

2.Kaki kikis



Macam aku cakap tadi , ambil duit dan date dengan awek lain . Gila kesian . Memang ini perangai manusia . Tak pernah cukup dengan satu kan . Tak reti bersyukur . Tapi bukan semua lelaki macam ni . Aku tak . Aku repeat , aku tak . Cara diorang kikis senang je sebenarnya . Melalui topup , makanan , minuman , hadiah and juga accessories . Contohnya . .
Sayang , I takde topup la . You topup kan dulu . Nanti dah kahwin I bayar guna 'duit' I .
Babi Baby mucuk , makan kali ni you bayar okay ? Sebab dompet I kena telan dengan mesin ATM .
Bie , minggu depan kan celebration anniversary kita yang ke 13 hari , I nak hadiah tau . Nak dompet Levis harga RM456.78 sen tu . Kalau tak , break !
Masyam babi baby , I tengok topi dekat kedai F.O.S tu macam cantik sangat . Tolong la beli kan . Kalau you beli , I sayang you macam I sayang motor LC 135 I .
See , nampak macam mana kan ? Kesian korang . Ini bukan berdasarkan pengalaman ye . Ini yang aku korek dari kawan-kawan aku . Jangan pandang serong terhadap mereka . Manusia melakukan kesilapan .

3.Text ramai-ramai sekaligus .


Ini paling hebat setakat ni aku tengok depan mata . Boleh korang bayangkan text dengan 10 orang sekaligus ? Amazing kan ? Boleh masuk world record kan . Yang paling aku kagum ialah bila dengan 10 orang tu dia message sekaligus tapi , topik yang dibincangkan dalam message tak pernah lari rhythm . Maksud aku tak pernah macam tersasul atau terkantoi . Send error pun tak pernah .
Aku text je dengan diorang semua , diorang yang nak text aku . Aku tak letak harapan pun . Sayang-sayang semua dalam handphone je . Depan-depan malu leetuew .
So korang tahu kan kenapa otak lelaki ni mengagumkan kan ? Jangan kagum dulu . Banyak lagi di bawah . Ini maybe skill yang telah diterapkan dalam diri manusia bernama lelaki . Yeah . We rocks . Tapi ni hati bai . Please concern about it man .

4.Pemarah and garang



Ini situasi yang selalu berlaku kepada perempuan yang tunduk dengan cinta lelaki . Dayus . Ni jela bagi aku . Sebab perempuan kan kena layan dengan lembut and baik . Nampak kan kenapa perempuan ramai kejar aku . Borang temuduga still open . Aku repeat , masih terbuka .
Awek ni Ris , kalau layan lembut , nanti dia pijak kepala la .
Bai , please la . Gentlemen sikit la . Layan lembut sikit boleh kan ? Boleh layan kasar , tapi kasar manja . Faham kan ? Bukan kasar macam nak bergaduh . Kalau macm tu , baik tak payah buat awek , buat jadi punch bag sedap gak . Bila awek tanya boleh keluar tak nak keluar dengan kawan-kawan ?
Menggedik la kau ni . Duduk rumah kukus nasi untuk kucing tak boleh ke ? Duduk diam-diam tengok ikan dalam akuarium lagi bagus kan ?
Ini jawapan yang kepala angin la . Tapi apa kan daya . Sayang . WTH ? Tolong la . Macam ni pun sayang lagi . Be realistic la . Professional sikit . Boleh kan girls ? Good .

4.Jealous


Jealous atau cemburu . Selalu jadi sebab kenapa pasangan - pasangan sweet muweet berpecah belah . Yela . Awek cakap dengan mamak jual roti canai depan rumah pun boleh jadi hal besar . Owh please guys . Jangan malu kan aku . Mamak je kot . Kalau macam kembar aku Amir Khan memang la patut jealous .
I jealous tahu tak . I nak you cakap dengan I je dalam hidup ni . Dengan kucing jantan belaan you pun I jealous tahu tak .
This is ridiculous . Jealous nak mati kot . Kadang-kadang dengan kawan baik pun jealous . Semua orang ada kawan baik kan . Ada yang berlainan jantina . So takkan tak boleh nak communicate or share masalah . Nak keluar lepak ramai-ramai pun tak boleh . Kalau setiap minggu nak keluar deangan BF je , jangan pelik la nanti awek korang bawa tupperware bila keluar sebab nak buat bekal muntah setiap kali tengok muka korang .

5.Bersayang-sayang dengan 'kawan baik'



Bila tengah cek handphone BF , tiba-tiba keluar ..
OK sayang , keluar dengan awek you elok-elok . Nanti balik kita text-text lagi .
Fine , jangan nak berderau sangat darah korang . Aku tahu masing-masing macam pernah lalui situasi ni . Biasa la ni . Ramai kawan kan . Lebih-lebih lelaki hot macam aku . Tapi serius aku tak buat macam ni . The worst thing girls is bila korang tanya dia siapa ni , diorang dengan relax dan selamba jawab .
Kawan baik I la . Takkan nak jealous kot ? Gila ke ? 
Kawan baik pun kena ada sayang kan ? How adoreable . Kepala otak jambul dunga kau . Kesian awek-awek hot ni . Tapi macam biasa . Masih setia dengan alasan .
I sayang dia la . Biar la dia nak sayang-sayang . Yang penting , jangan tinggalkan I .
Lame , bosan , busuk and outdated alasan macam ni . Stand up girls . Tunjuk la juga korang ada pride sendiri . The best way untuk korang ialah dengan revenge sikit kot . Sikit je . Try korang saja expose kan korang bersayang-sayang dengan Bestfriend korang . Tengok sikit dia nak diam or melenting .


6.Tak pujuk



Lelaki . Makhluk ini namanya Lelaki . Hello girls . Please realize this . Mana main pujuk-pujuk ni . Ini semua perangai perempuan je . Kerenah sia-sia . Memang pedas . Tapi sedap kan ? Kesian korang . BF taknak pujuk takpe . Datang kat Abang Harris meh . Aku reti memujuk .
Balak I tak reti pujuk . Dia biar je I merajuk sampai I mengalah . I geram macam ni .Ni rasa macam nak minum yogurt campur cuka banyak-banyak ni ! Damn !
Lelaki kan keras . Ingat fakta ni . Tak senang nak ada lelaki yang suka memujuk . So once you girls dapat lelaki yang hebat memujuk , jangan lepaskan . He's a great man . Macam aku . Dulu masa mula-mula couple or kenal memang la rajin pujuk . Bak kata orang , belum sampai comfort zone lagi kan .Bila dah stage ni . Sorry la . Dulu merajuk taknak makan je ,
Takpe , Abang belikan nasi lauk telur mata kucing and air mata kerbau ye ?
Sekarang kalau merajuk ,
Taknak makan ke ? Abang habiskan makanan you ek ? Rugi la biar . Membazir tu .
Nampak kan beza ? Guys will be guys forever .

7.Cek conversation SMS , Whatsapp and BBM



Part paling dibenci oleh wanita-wanita lawa yang selalu pegang Handphone masa keluar dengan BF diorang . Benda tu kan privacy . Yes ! Privacy . Ada banyak message geli-geli sayang-sayang dengan EX dulu tapi simpan sampai sekarang sebab sayang dekat message . Tak salah pun buang , kalau nak balik , nanti minta la dia send balik . Boleh review balik . tak susah pun .
Kenapa message I ada intervals 2 minit ? Message dengan cousin you takde jarak pun .
Sangat particular kan ? Sampai kadang-kadang kawan dalam Blackberry Messenger pun boleh jadi issue .
Kenapa kawan you dalam BBM ni ramai ? Lelaki pula tu semua . Jangan text boleh kan ? I tak suka la . Chat dengan I je boleh .
Sangat-sangat . Kadang-kadang kawan lelaki message tanya pasal direction jalan or assignment pun boleh jadi hal . Sangat tak professional . Guys , jangan buat aku malu lagi . Bagi  la sikit ruang . Kan bagus . Jadi hubungan pun okay . And lastly , please stop being so suspicious . Takkan guna 'aku-kau' pun nak jealous . Bagi aku , kalau dah guna 'aku-kau- tu maknanya pasangan aku aggap dia sebagai kawan and tak pernah lebih .


8.Minta password Facebook , Twitter , 



Sampai social network je ramai yang tarik muka sebab terasa . Aku faham . Jangan risau . Mengongkong kan ? Ini untuk kebaikan korang juga . Password Facebook and Twitter ni sepatutnya tak patut diberi kepada pasangan masing-masing . Korang tahu kan sekarang ramai breakup sebab jealous Facebook awek ramai lelaki ganteng macam aku comment and hantar wall post .Contoh wall post macam ni yang akan buat gaduh ,
Hey you , dah mamam ? Ke nak I suapkan ? Huhuhu . *Tapi awek tak reply pun
Gaduh ! Boleh la kalau macam ni buka gelanggang boxing . Hari-hari gaduh sebab wall post . Kadang-kadang gaduh sebab taknak expose kan couple dekat Facebook relationship status . Ada sebab kadang-kadang kenapa gadis-gadis comel ni taknak expose korang . Contohnya ,

  1. Banyak scandal lain .
  2. Takut saham jatuh .
  3. Ada pakcik makcik and relative lain dekat Facebook .
  4. Parent awek bising kalau ada relationship .
Faham dah kan ? Kali ni I'm with you girls . Abang Harris ada okay . Have faith in me . Kadang-kadang kalau chat pun akan jadi masalah . Boyfriend saja online guna account Girlfriend and menyamar chat dengan lelaki lain atau pun delete mana orang yang dia anggap flirty .
'Hai you' . 'Hai , ini bukan Elizabeth *bukan nama sebenar . Ini balak dia . Ada apahal cari dia ni ? Kau nak ngorat ke ? Nak kena penggal buat sup ke kepala tu ?
Boleh dianggap as obsession kan ? Sangat kot . Please guys . Jangan paranoid . Banyak lagi cara untuk prevent awek korang dari blah kat lelaki lain . Contohnya . Treat her well . Macam aku .


9. Football rather than girlfriend



Bola sepak . Yes . Sukan paling digemari oleh lelaki-lelaki macho and maskulin macam aku . Dengan season baru nak start next week . Memang kesian dekat awek-awek comel ni . Takpe . Korang boleh layan Korea dekat rumah sampai lebam .
I tengah tengok Man U lawan AC Milan la . Nanti I call . Bye . 
Terkesima kan korang girls ? Biasa la tu . Aku pun macam ni . Yela . Bola kot . Korang boleh tunggu . Bola mana boleh . Kalau dah kick off , mana boleh pause . Korang boleh kan ? So faham la kan . So jalan terbaik untuk overcome this one is pupuk semangat bola dalam diri korang . Bila BF kata nak tengok bola kat mamak Ali Corner , cakap nak follow . Dapatkan attention dia .

Lelaki suka perempuan yang faham hobi and minat dia . Bukan yang membangkang je kerja nya . Buat dia tergamam dengan knowledge korang contohnya ,
You nak tahu ? I tahu tau Paul Scholes dia breakfast apa pagi tadi or UEFA Champions League last season Barcelona menang kan ?
There you go Girls . Hebat tu . Aku pun amaze kot kalau macam ni . Awek yang ada knowledge macam ni , sila isi borang menantu contoh . Aku sedia menerima nikahnya .


10. Tak romantik macam lelaki Korea



Awek-awek Malaysia , please understand that we are Malaysian . Lelaki Malaya . 1 Malaysia kan . So gene Korea memang takde . Muka lagi jauh except gene yang sesat tu . Nak romantik memang tak la . Kami malu la and Malaysia di garisan Khatulistiwa di mana romantik tak digalakkan .
Oh mawar tahi kembang jubur and najisku , kusayang kamu seorang saja .
Kan hodoh bunyi nya . So faham kan kenapa kami tak  buat macam ni . Jangan risau . Kalau lelaki tu selalu romantik dengan korang , korang pernah wonder tak macam mana dia act dengan perempuan lain ? Lebih baik dengan lelaki yang tak romantik langsung sebab lelaki macam tu pemalu and hanya orang-orang yang mampu je nampak romantik nya .

Lelaki macam ni dia tak cakap ayat bunga-bunga , tapi dia sangat reti melayan kerenah korang girls . Dia tunjukkan . Tapi tak cakap la . Dia akan buat benda yang banyak maksud tersirat yang akan buat korang fikir lebih dalam .

Conclusion 


Kesimpulannya , lelaki adalah makhluk Tuhan yang ego and penuh dengan sifat kelelakian . Ada sifat baik and buruk nya . Tak sepenuhnya buruk and tak sepenuhnya baik . Ada yang ada ciri-ciri ni tapi takde ciri-ciri tu pula . 10 perangai ni adalah review saja . Aku dapat pun dari complaint kawan-kawan aku tentang Boyfriend diorang .

Untuk guys , aku tak pecah rahsia . Tapi this is common . Apa yang di atas , ada yang salah and betul . Sorry for any information error . Aku takkan troll lebih-lebih . Jangan risau . For girls yang cute and handsome-handsome semua , lepas ni giliran korang kena troll pula . Aku takkan lebih-lebih . Don't worry . Lelaki yang tak bosan masih ada macam ,

Abang Harris Fitri .

15 comments:

Anonymous said...

mcm bangkailah blog yg nie harris...

fify said...

aku pena jd mangse ! ahahaha siot je entry ni..

farah jamil said...

best!tapi kan kenapa perlu promote diri..hahaha

Anonymous said...

Dia buat mcm ni so attract pembaca..Kan kalau serius and xde unsur gatal,pembaca mcm boring and xnk baca la..betul Encik Harris?

nawal shahirah said...

naseb baik bf x layan bola tapi layan korea. ahahaha.

Beast said...

anonymous . aww . thx back up gua . lu mmg faham gua even tak kenal , hehhhh

Beast said...

untung la kaklong Nawal . kalau macam tu . mmg jaaaaaaaaaaaarang dapat . -.-'

Anonymous said...

hahaha syok ahh blog nihh. utk post2 akn dtang abang harris troll ah lebih2 skit haha bru masyukkk xD

Princess Ariyana Wira said...

Dosa ltk pic dedah aurat.

Najiihah Zulkepli said...

haha good2

Najiihah Zulkepli said...

haha good2

Suzana Salleh said...

Semua di atas betul
Dah kena kat batang hidung 3x
Tobat dah
X nak kenal dengan mana2 lelaki lagi2 nak serius relationship
Adios amigos
Diharapkan lelaki tu simpan sikit bengap tu untuk keturunan akan dtg.
Bagusnya diorang ni kita sumbat dlm penjara alcatraz
Hehheeeee....

Suzana Salleh said...

Semua di atas betul
Dah kena kat batang hidung 3x
Tobat dah
X nak kenal dengan mana2 lelaki lagi2 nak serius relationship
Adios amigos
Diharapkan lelaki tu simpan sikit bengap tu untuk keturunan akan dtg.
Bagusnya diorang ni kita sumbat dlm penjara alcatraz
Hehheeeee....

Baharudin said...

Romantik sunah rasulullah jgn tak romantik nanti girl bosan hidup

Anonymous said...

biar tak romantik macam lelaki korea jamji muka tak platik macam orang korea