Friday 10 February 2012

Suami Fantasy dan Reality

Assalamualaikum


Apa khabar pencinta dan pembenci dunia sekalian ?
Setakat korang hidup ni , pernah kan korang dengar kan kawan-kawan korang asyik cerita macam mana ciri-ciri bakal suami / isteri mereka ? Aku bet macam-macam jenis yang korang dengar kan . Ada yang suka bad guy , ada yang suka good guy , ada yang suka perempuan 'Party Girl' , dan macam -macam lagi . 


Jangan samakan taste korang dengan taste orang lain sebab masing-masing ada cita rasa sendiri kan . Berdasarkan pengalaman aku sendiri dan cerita-cerita yang aku dengar dari kawan-kawan aku , so aku decide nak post pasal benda ni . Lets get thing started .


Fantasyimagination, especially when extravagant and unrestrained.


Reality - The quality or state of being actual and true .


http://www.thefreedictionary.com/reality



Ciri bakal Suami Fantasy

Ini adalah ciri-ciri yang sangat fantasi . Maksudnya ciri-ciri yang konon-kononnya diidamkan tapi akhirnya crash tengah jalan . Sangat menyedihkan . Tapi lelaki macam ni yang akan dijadikan Boyfriend sebab tak malu nak tunjuk kat orang , kawan-kawan and family . 


1.Stylo and Milo

Mesti ramai perempuan akan cakap nak lelaki macam ni . Stylo , handsome , biar poket rabak tapi muka market . Senang nak ambil gambar bersama and post kat Facebook . Yela , kalau tak malu la kalau muka tak market . At least kalau muka style and dress up ala-ala K-Pop or Band Boy kena lah puji sikit dari kawan-kawan . Lebih-lebih lagi yang muka ala-ala artis .
Kalau Mr Balak tak handsome mana boleh jadi Mr Balak oi . Mesti la handsome even duit rabak . Market tu kan penting . Nanti kawan-kawan kutuk malu tau
So acane ? Mesti pernah dengar kan ? Biasa la tu . So lelaki handsome yang takde duit dan kedudukan tu faham-faham lah . Dalam dunia sekarang , kalau hangpa takda kedudukan dan pendapatan yang boleh bagi depa makan sedap-sedap tiap-tiap bulan , hangpa bukanlah Calon Bakal Suami Reality . Ini reality .

2. Sosial dan Kaki Club and Party Boy

Hello kaki club and party . Senang kata party people . Kan kalau siapa-siapa yang dapat gelaran ni boleh angkat hidung tinggi-tinggi sebab cool kot panggilan ni . Korang tak rasa cool ke ? Ramai perempuan nak dekat kot kalau dapat gelaran ni . Yela , mesti stylo , pandai menari , suka dengar lagu up to date dan pandai bagi ayat-ayat bunga .
Dia kaki club kot ! Aloha and Zouk dia pegang tau ! Mesti handsome and stylo ! I suka la . Kalau buat bakal suami pun nice sebab nanti Ladies Night boleh pergi dengan dia ! Yeah ! Saya da jumpa apa saya nak ! 
Ini adalah serba sedikit dari apa yang korang selalu dengar kan . Tapi akhirnya lelaki macam ni la yang selalu kena reject dengan bakal mertua sebab tak cukup kriteria yang ada untuk jaga anak dara mereka . So acane ? Ini reality .

3. Huge spender


Huge spender mungkin ramai yang kurang faham dengan maksud aku ni . Maksudnya ialah seorang yang suka berbelanja besar even tak perlu benda tu . Contohnya seperti seorang lelaki yang nampak gah dari luar . Berbelanja sana sini tapi sebenarnya dalam poket kosong dan takde duit sangat . Duit yang ada dalam poket adalah satu-satu nya duit yang dia ada . Padahal , duit dalam bank sengkek . 


Senario nya mungkin macam ni .
Kalau keluar makan dengan awek , mesti makan tempat mahal . Expensive contohnya macam Itallianies or sekurang-kurang nya fast food . And that will cost you around RM 25 at least for both meal . Meanwhile kalau makan kedai biasa pun , okay je . Cuma nak menunjuk sikit kat perempuan tu yang dia ada duit .
Faham kan ? Dalam dunia sekarang , dunia yang menggunakan duit dan keadaan ekonomi sekarang , lelaki macam ni selalunya akan end up dengan 'basic thing' . Which is sebiji kereta , sebuah rumah dan cukup-cukup duit untuk besarkan anak-anak . So girls , mahu kah anda hidup dengan lelaki yang tak ada plan yang bagus untuk next 40 years ? Boros dan tak ada back up plan . Fikir-fikirkan lah .


4. Urban dan ke'barat'an Life Style


This one is the best . Aku suka benda ni . Sebab tu aku letak ni sebagai point yang terakhir . Okay , aku faham sekarang orang kita dah berevolution and even made revolution . Especially to life style . Cara hidup yang tak ada batasan antara agama , budaya dan manusia sendiri . Agama selalu dipinggirkan . Selalu dikebelakangkan dalam apa-apa hal pun . Tengok generasi sekarang . Seberapa banyak yang masih lagi mengamalkan cara hidup islamik ? Or at least , cukup solat . Or at least , boleh  jadi imam masa solat dengan kawan-kawan ? Or at least boleh jadi imam masa solat dengan adik nya sendiri ? Or at least baca doa lepas habis solat ?
Standart la hidup macma ni sekarang . Belum ready la nak berubah . Nanti sampai masa aku berubah la . Masa aku berubah  tu , aku akan bawa sekali anak bini aku . So kiranya masing-masing taubat sama-sama la .
Cara hidup barat yang jauh beza dari kita di Timur ni . Aku tak nafikan even aku sendiri tak perfect . Aku pun lalai . Aku manusia biasa juga . Wanita sekarang tak banyak yang menitik beratkan benda -benda ni dalam mencari teman sehidup semati . Tak reti mengaji pun boleh kahwin and jadi 'imam' dalam keluarga . So how's that ? Dapat bayangkan apa akan jadi dalam keluarga anda ? 


Ciri bakal Suami Reality

Mesti ada kan antara kawan-kawan korang yang akan cerita macam mana orang yang mereka nak . aku bongkarkan semua ni hanya untuk seronok-seronok . Tapi kalau korang rasa nak follow guide aku ni , dipersilakan . Bukannya 100% betul apa yang aku tulis ni . 


1. Beriman

Ciri-ciri lelaki paling diidamkan oleh semua perempuan dalam dunia . Boleh membimbing katanya . Seteruk mana pun perempuan tu , end up nya lelaki macam ni yang akan di pilih . Percaya lah . setakat Bad Boy semua tu hanya untuk buat tayangan kepada umum bahawa dia boleh control lelaki macam ni . Aku rasa semua pernah dengar kan . 
Always save the best for the last
So mesti faham kan maksud phrase kat atas tu . Tak banyak orang yang ikhlas dalam dunia ni . Ingat . Tak semestinya bila kau dah ada satu invisible relationship called 'couple' tu dah cukup syarat untuk dia tak pilih orang yang lebih baik dari kau . Sayang macam mana pun dia kat kau , kadang-kadang benda yang dia mesti fikir dan utamakan ialah anak-anak dia . Takkan la dia nak anak-anak dia terpesong dan lebih-lebih lagi dia . Mesti dia nak orang yang boleh bimbing dia ke Jannah .
Ciri-ciri lelaki yang aku cari yang utama sekali ialah boleh membimbing aku ke Jannah
Inilah apa yang selalu keluar dari mulut kebanyakan perempuan yang aku tanya . Aku ada RAMAI kawan perempuan . Percayalah sebab hidup aku hari-hari dengan perempuan sebab course Nursing yang aku ambil ni . So guys , improve yourself and iman kalau nak jadi rebutan ramai masa kau nak kahwin nanti . Silap-silap boleh kahwin 2 serentak . 


2. Yang Berkedudukan dan Stabil Dari Setiap Aspek


Masa mula-mula kenal hangpa akan cakap yang kedudukan , harta , duit dan pangkat bukan kayu pengukur tapi kelamaan , korang akan fikir juga . Masa depan korang macam mana ? Takkan nak bertungkus lumus cari kerja 2 orang sampai masa nak buat anak pun takde masa . Takkan nak menuai sampai umur 60 tahun dan end up dengan basic thing which is 2 kereta , 1 rumah dan cukup-cukup je duit untuk besarkan anak sampai depa masuk University .
Nantikan yang , kita melancong pi Europe , kita pi Afrika Utara , pi Korea tengok KPOP , pi Milan shopping . Even you kerja gaji RM 2000 je sebulan , I tunggu okay .
Hangpa rasa-rasalah kalau hangpa macam ni , hangpa nampak ka masa depan ? Cerah ke gelap gelita ? Sebab tu ayah aku selalu pesan ,
Hidup ni harus berlandaskan Reality sepanjang masa .
Fahamkan maksud reality ? Tengok kat atas ada definition nya . Semua orang nak hidup mewah dan selesa . Dan benda tu hanya boleh dijanjikan melalui pangkat , harta , pendidikan dan reality . Fantasi sangat-sangat tidak membantu dan jarang membantu .


3. Aset


Aset dalam erti kata lain ialah harta . Kalau korang beriman tapi takde aset atau harta , rasa-rasanya Mak Mertua korang nak tak accept pinangan korang ? Rasa-rasa lah . Kalau aku , even kau Imam Masjid tapi kedudukan aset kau tak tetap , aku takkan terima kau . Nanti dalam bayangan aku mesti terbayang-bayang anak aku makan pasir cicah sos cap Kasturi . 
Kalau aku menunjuk aset aku nanti diorang kata aku bongkak and berlagak pula .
Tak ! Ini tanggapan salah bagi aku sebab bila kau dah sampai tahap serious dengan seseorang sampai nak kahwin , korang wajib tunjukkan yang korang mampu nak tanggung dia dan bakal anak dia . Contohnya kalau kau datang rumah Mak Mertua bawa kereta Kancil tahun 2000 , aku pun cuak nak bagi kau kahwin dengan anak aku even dia kata akan cuba improve . Cuba kau datang rumah Mak Mertua kau pakai Ssangyong Rexton or Kia Fonte . Mesti diorang akan accept kau sebab nampak dari luar lagi kau dah stabil . 
Kalau Mak la , Mak akan pilih si H tu sebab dia bawa kereta besar and boleh jamin jaga kau . Kalau pakai kereta Kancil aku dapat bayangan nanti kau makan pasir cicah sos . 
Bukan maksud aku materialistik , tapi ni jaminan . Cuba kau duduk kat tempat seorang Mak , mesti kau dapat bayangkan betapa risaunya kau kat anak kau kan ? Terutama dari segi kewangan . Memang wang bukan segala-galanya , tapi korang tahu kan semua nya memerlukan wang . Nak buat and bela anak pun perlukan duit tahu ? Ingat anak kau boleh besar dengan kasih sayang semata-mata zaman sekarang ni ? Fikir-fikirkan lah .


4. Penyabar


Ini point paling aku suka bincangkan . Sabar adalah antara benda paling susah untuk kau develop dalam diri kau sebenarnya . Sebab kebanyakan lelaki memang ada sifat macam ni . Sifat yang aggresive and cepat hilang sabar . Ini adalah salah satu kelemahan lelaki paling ketara dan selalu dijadikan alasan kenapa selalu kena dump . Semua perempuan dalam dunia ni nak orang yang sabar dengan kerenah dan perangai mereka . 


Contohnya , perempuan kan ada ABC ( Allah Bagi Cuti ) , so masa macam tu , mood memang akan swing dan cepat marah . So kadang-kadang , sabar tu mesti tahap yang paling tinggi . Nak layan perempuan lebih susah dari layan bayi umur 3 bulan . Ini fakta . Macam-macam benda semua tak betul . 


Kadang-kadang dengan perangai yang annoying dan suka mengarah or kadang-kadang malas memang buat fed up dan hilang sabar . Tapi perempuan suka test lelaki tu macam mana selalu nya . Sabar dari setiap aspek . Contohnya macam nanti satu hari , mesti kau akan ada anak , dan kebanyakan anak akan buat problem . For sure . Terutama anak lelaki , aku rasa kalau lelaki biasa yang tak tahu nak control amarah dia , boleh mati kalau pukul budak . So aku rasa tahap kesabaran tu mesti lah tinggi dan mampu dikawal .


Conclusion


Kesimpulannya ialah kebanyakan cinta yang di bawah umur 21 tahun kebanyakan adalah palsu dan hanya untuk suka-suka dan takkan mencapai ke katil pelamin pun . Sebab kebanyakan adalah hanya cinta nafsu yang berdasarkan rupa semata-mata . Percaya lah . Lagi pun tengok lah sendiri banyak mana yang survive sampai kahwin kan ? Ini lah reality kehidupan . Antara mana yang reality dan fantasi . Next post aku akan ceritakan tentang Isteri Realiti . Aku yakin ramai lagi yang akan tunggu tu sebab ramai nak tahu perempuan apa yang lelaki nak jadikan isteri .


Sekian , Harris Fitri .

No comments: