Friday 16 September 2011

Lelaki dan Perempuan Hanya Perfect Bila ,

Assalamualaikum

Hai readers , sihat ? Sorry lama tak update and merapu dalam post sebelum ni sebab laptop aku rosak . Keyboard semua rosak and tak boleh ditekan langsung . Sekarang baru dapat update . Dengar cerita ramai rindu dengan carutan and lawak bodoh blog ni . Sekarang aku dah datang , awek-awek cun semua , sila baca .

The story begins now . Aku rasa semua dari korang pernah dengar kan ada orang kata macam ni .
Cik Awek / Mr Balak aku memang perfect gila dah . Takde cacat cela . Semua yang aku nak dah ada dekat dia ,
Familiar ? Sangat kan ? Nice . Perfect sangat kan ? Macam mana perfect tu ? Pernah korang pandang dari aspek yang sepatutnya ? Contohnya aspek paling penting , Agama . Aku rasa sikit je zaman sekarang yang betul-betul nak cari Cik Awek or Mr Balak yang ada ciri-ciri agama . Buktinya banyak . Contohnya macam ,
Ris , dia lawa Ris . Rambut dia ! Perh ! Bau sunsilk pink . Tengok rambut gua dah steam der !
Dia handsome Ris , bulu kaki dia banyak ! Boleh buat bulu berus kasut dah ! Sweet nya dia .

Ini kesilapan biasa dalam istilah PERFECT atau pun SEMPURNA . Aku rasa tak banyak orang yang cari orang macam ni ,

Ris , aku nak orang yang boleh kejut gua Solat Subuh . Yang berani tegur gua tak solat masa dating .
Aku nak orang yang masa dating Ris , dia pakai seluar panjang . Senang kalau nak drop by surau . Tak payah nak cari kain merata .
Pernah dengar tak orang yang cari orang macam ni ? Macam takde je kan ? Takpe . Sekarang kita tengok macam mana baru boleh orang tu dikira sebagai PERFECT atau SEMPURNA .

Lelaki and Perempuan Hanya akan Perfect bila ,

1. Solat Penuh Lima Waktu

Bab solat ramai yang pandang keliling . Memang isu ni sensitive . Even aku pun kadang-kadang tinggal . Biasa nya subuh la . Pernah tak benda ni masuk dalam ciri-ciri Cik Awek and Mr Balak korang yang perfect ? Macam tak je kan ? Jangan risau , aku faham masing-masing ada taste tersendiri .
Ala Ris , aku pun tak solat . Nanti tegur kang , dia cakap aku good-good pula . Aku pun keluar pakai seluar pendek .
 Biasa le tuew Ris , aku keluar pakai mekap 4 lapis . Kalau kena air wuduk , susah la nak nampak glamour .
Aku rasa ramai yang terlepas pandang benda-benda macam ni . Ramai yang ambil benda ni sebagai benda remeh dan kecil . Okay , aku bagi satu situasi kat korang .
Satu hari , dah ada anak . Then korang as parent tak solat or mengaji depan dia . And lebih terukkan keadaan bila korang tak pernah ajar dia pun . Jangan terkejut kalau nani korang nak mati , takde orang nak baca kan yasin untuk korang . 

Ini situasi pertama . Try tengok situasi kedua ,
'Papa , Mama . Adik nak solat . Boleh ajarkan tak ?' , cuba tempatkan korang dekat situasi ni . Apa korang nak jawab ? Nak cakap tak payah sembahyang ? Nak kena panah petir ? 
Ada satu kawan aku cakap , dia nak kan orang yang boleh bimbing dia ke jalan yang benar . Jalan yang lurus , kalau Solat yang senang tu pun susah nak tunaikan , macam mana denga amalan lain ? Macam ni korang cakap sempurna ? Macam tak je . Kalau penuh poket macam mana pun , tapi solat tak penuh , aku rasa dah hilang semua sifat-sifat sempurna tu kan ? Fikir-fikirkan dan selamat beramal .

2.Tutup aurat .

Bab ni pun sensitive . Aurat kan dah jadi macam benda biasa . Aku rasa sikit sangat orang yang nak Cik Awek yang sopan-sopan . Yelew , kalau sopan , nanti tak market la der .
Awek gua mesti pakai baik punya . Baju kalau tak dedah banyak tempat , gua tak bagi keluar . Mesti seksi . Skirt bagi nampak seluar dalam Pink . Itu standart awek gua la .
Kami yang lelaki ni pun syok la menatap awek kau . Dengan belanja dada baik punya . Punggung belanja warna pink plus longkang free . Thanks man .
Ris , Kau ingat awek tudung tu baik sangat ke ?Kitorang yang open-open ni jahat la ?
Mana la aku tahu diorang baik ke tak ? Tapi , bertudung tu kan wajib , jadi dosa kalau tak pakai . At least dari luar , nampak la baiknya kan ? Dari kau macam dah berbogel dekat Mall tu .

3. Respect

Respect atau kata lain hormat . Semua orang pernah dengar perkataan ni . Tapi maksud sebenar ramai yang confuse and tak faham langsung . Respect dari berbagai aspek terutamanya , dari segi hubungan korang . Ramai dari orang yang aku jumpa sendiri tak tahu macam mana nak hormat and respect pasangan masing-masing . Sad to say , kebanyakan adalah lelaki . Sorry guys , aku tak boleh nak back up korang . Blog ni berdasarkan fakta .
Awak , nanti kita dah boleh pegang tangan kan kalau dah couple ?
Aku rasa hampir semua perempua pernah dapat ayat macam ni kan ? Ini ayat common dalam macam mana nak start a 'Direct Contact' . Girls , korang pernah dengar tak satu quote yang berbunyi macam ni ,
Physical contact has nothing to do with a relationship .
Melalui quote ni aku rasa korang sepatutnya lebih dari faham maksud respect kan ? Kalau betul-betul lelaki ni respect dekat korang as his girlfriend or future wife diorang , diorang takkan start any move . Lagi pun , korang tahu kan couple tu menjurus maksiat ? So untuk kurangkan lagi percentage untuk ke next stage is 'Prevent Any Direct Contact' .

Tapi Ris , bila dia pegang tangan aku masa jalan dekat mall , nampak macam kami ni sweet sangat .
Kepala Tok Ayah kau sweet . Tu kan haram . Pernah dengar bahawa Pegang Bara Api Lebih Baik Dari Pegang Tangan Orang Yang Bukan Muhrim ? Kalau lelaki tu ikhlas , mesti dia sanggup untuk tunggu bila korang dah sah . Kalau sekarang dah ajak geli-geli , check in bagai . Faham-faham la .
4.Tolerate

Maksudnya tolak ansur and lebih kepada memahami . Kebanyakan orang yang bersayang-sayang ni macam dictator . Selalunya nak control gila-gila . Nak yang specific dari orang lain . Contohnya ,
Nanti you kalau nak pergi mana-mana , bagitahu I . Pergi tandas message dulu . Bagitahu berapa banyak tahi keluar .
Nampak ? Tak boleh tolerate langsung . Bebas sikit boleh kan ? Ruang sikit untuk bergerak . Kadang-kadang tu aku tengok sampai ada lelaki yang sepatutnya jadi lelaki bertukar jadi perempuan . Bengang pun ada . Gua lelaki kot . Usya lelaki tu follow buntut perempuan tu je . Sampai makan dengan kawan-kawan pun dah tak boleh .

You nanti breakfast , lunch and dinner kena makan dengan I . Kalau tak , kita break . Ingat ! Ini ugutan dari I .
Kesian kau lelaki . Telur tu dah boleh simpan dalam poket dah bila ada dengan awek . Nice . Bukan la kau kena control perempuan tu or sebaliknya , tapi cuma toleransi tu lagi penting . Kalau macam ni , Ciri-ciri Perfect tu macam jauh lagi je .

Conclusion


Kalau nak aku huraikan lagi , memang berjela and tak habis nak di troll . Ni aku ambil hanya yang penting untuk korang tahu . Ini pendapat aku sebagai manusia biasa yang tak perfect . Aku pun rasa aku tak layak nak troll benda-benda macam ni , tapi kadang-kadang kena tegur silap orang lain . Minta maaf kalau post kali ni menyentuh sensitivity korang . Maaf . Thanks  for reading Readers

3 comments:

WaFa ShaHiRaH said...

Ni lew maksud aku mahal. ;)

fify said...

aku harap aku dapat jadi 'perfect' mcm ni suatu hari nanti.

Yasmin Zakaria said...

insyallah. tga berusaha ke arah itu :)