Wednesday, 21 September 2011

How to get rid of your Ex(s)

Assalamualaikum

Tekan Play and tengok Video ni . Kalau tak , korang takkan faham post di bawah .


video

Apa khabar semua lelaki lawa and perempuan handsome ? Ada sihat ? Harap sihat . Post kali ni akan menggoyangkan semua yang nak get rid of their Ex . Ramai complaint dengan aku pasal benda ni . Maksud aku kawan-kawan aku . Ada yang cakap ,

Ris , aku dah break up setahun lebih . Tapi susah sangat nak lupakan dia .
Alasan yang busuk and lame malah tak best . Booo kat depan cermin la . Perkara ni adalah perkara senang sebenarnya , cuma banyak yang tak tahu and bajet-bajet setia dengan tupperware EXample diorang . Aku tahu ranai yang setuju and tak bangkang . Topik ni macam ramai yang tunggu and nak tahu kan ? Sit back , relax and read .

Fakta mengarut tentang Ex .



  1. Dia jahat
  2. Dia player , peMAIN
  3. Dia curang
  4. Dia gay or lesbo
  5. Dia takde hati
  6. Dia murah
  7. Dia orang paling korang benci dalam hidup
  8. Dia kikis duit leetuw
  9. Dia tak handsome or tak lawa
  10. Dia kedekut and tahi hidung masin
Pernah dengar pasal Ex kawan-kawan korang yang macam ni tak masa sesi mengumpat dalam dorm or hostel masa lepak-lepak kosong . Termasuk lelaki ye . Biasa sungguh gua dengar benda macam ni sampai boleh buat list . Ini hanya fakta yang mengarut yang tak ada asas untuk kutuk tupperware korang . Diorang kan orang yang ajar korang apa yang salah and betul nak dibuat . So , bila ditinggalkan or meninggalkan , jangan la cerita kat orang keburukan diorang . Dosa tau .

How to ged rid of your Ex(s)


1. Find a new person

Ini perkara senang kalau korang lawa and handsome sebab most of the people dalam dunia ni hanya tengok apa yang dia nampak and sangat jarang tengok apa yang ada dekat dalam . Nice . Ada kawan gua relax je tukar setiap 2 or 3 bulan . Ganas , tapi muka handsome and jambu kan . Untung laaaa\
Tapi Ris , lain nya rasa dengan dia(orang baru) , dulu dengan _ _ _ _ _ , sweet je rasa nya    . Sayang aku dengan dia macam aku sayang kucing jantan aku , tapi dengan dia aku sayang dia macam sayang Model Gundam aku .
Memang la takkan sama . Dah nama pun orang lain , so lain la perilaku and habitatnya . Dulu sweet , sekarang ganas and garang orangnya . Move on sudah , bukan susah sangat . Gua boleh je . Gua couple sekali je kot dalam 20 tahun gua hidup ni .
 Tapi aku dah janji dulu-dulu masa sweet-sweet dulu nak kahwin dengan dia dulu Ris .
Terfaktap mendengarnya . Janji ? Haha . Promises are meant to be broken . Faham ? Owh , janji dengan Mr Balak or Cik Awek tunaikan , takut berdosa . Janji dengan Allah , parent ? Pernah fikir or ingat ?

2.Diversional therapy

Pernah dengar ? Antara cara paling effective kalau nak lupa masalah . Cari la hobi yang akan buat korang divert otak dari fikir-fikir masalah yang tak relevan langsung ni . Cari hobi atau belajar benda baru dalam masa period edah tu .
Takde dia Ris , aku tak boleh buat apa-apa kerja . Aku rasa macam lifeless . Aku makan overkenyang , mandi tak kering-kering and tidur sampai 18 jam sehari . 
Noob gila kau . Benda tahi macam ni pun susah nak get rid . Macam aku dulu , aku buat benda yang busy kan diri sendiri and buat activity yang akan jauhkan korang dari sorang-sorang . Contoh macam pergi class belajar something macam belajar classical guitar or swimming class adalah benda yang paling bagus untuk dibuat masa macam ni .

3.Delete nombor and gambar , block Facebook , Twitter , Skype and Twitter .

Ni antara paling susah nak buat . Gambar-gambar sweet ,adoreable and loveable tak boleh nak delete kan ? Bila nak tekan je rasa macam susah sangat . Satu click je kot nak delete . Susah sangat ke ? Noob !
Delete picture pun Ris , aku ada backup dalam dompet . Delete nombor pun , dalam otak aku ingat . Block Facebook lagi la tak boleh , macam mana nak stalk dia ? 
Kadang-kadang tergelak je bila ada orang cakap macam ni . Please la jangan gedik sangat . Geli la tahu tak . Nak muntah 3 kali je dalam seminit .
 Hari-hari aku tengok page dia Ris , takkan nak block tiba-tiba ? Sedih tau . Semalam je , dah 2 julap aku minum nak bagi tahi keluar .

Noob . Kalau parent korang , sanggup pula block page diorang supaya diorang tak tahu activity jahat korang dekat Facebook . Parent korang taknak tengok hari-hari ? Lagi sayang Encik Balak and Cik Awek dari parent sendiri ? Fikir-fikirkan .
Tapi Ris , hari-hari dia call aku , text aku macam nak mati . Nak aku leetuew . Huhu .Nanti tak layan , cakap sombong pulokkkk .
Nice . Ini paling best , cakap benci , cakap menyampah , tapi layan jugok . Tahi betul . Ignore sudah . Apahal ? Susah nak ignore ? Mesti nak reply ? Gatal tangan nak SMS ? Gedik ? Macam apa yang kawan aku pernah cakap kat Ex dia ,
Kalau you tak layan , takde maknanya dia nak text-text you lagi . Lama-lama mesti dia bosan . Dia hanya akan keep trying bila ada respond .
Nampak ? Geli leeuw gini . Mulut kata benci , hati kata malu . Ini hipokrit namanya . Nampak kan ?

4. Cara paling tak digalakkan .



  1. Kalau dia lelaki , korang sepak private part dia , bagi mandul , so dia dah takde nafsu kat perempuan .
  2. Kalau dia perempuan , cerita kat semua orang dia perempuan jalang .
  3. Kalau dia lelaki , cerita kat semua orang dia suka minta geli-geli
  4. Kalau dia perempuan , cerita kat semua orang dia suka kikis duit korang
  5. Kalau dia lelaki , cerita kat semua orang dia takde teruna .
  6. Kalau dia perempuan , suruh dia jadi lesbo .
  7. Kalau dia lelaki , suruh dia jadi gay . 
  8. Kalau dia perempuan , suruh dia jual diri .
*Ini cara paling tidak digalakkan dan ditegah agama .

5. Cari scandal or kawan baru .

Aku faham ramai yang macam terkejut bila cakap pasal sacndal sebab benda ni budak-budak je yang buat . Tapi kadang-kadang scandal ni lagi bagus sebab takde komitmen and boleh bersayang-sayang sesuka hati . At least bila nak tengok wayang ada orang teman . MAksud aku contohnya macam ni , korang lelaki and korang ada taman dalam hati . Tiba-tiba ada cerita romantik dekat wayang , takkan korang nak pergi tengok ajak member lelaki ? Faham kan maksud aku ?
Kalau scandal aku sayang aku macam mana Ris ? Kalau la .
Blah sudahh . Jangan nak meleret-leret . Haritu janji bagai anti Cinta . Lempang nak ? Lagi pun masa tengah panas memadu asmara , mana nak duduk dengan lelaki . Mana nak lepak dengan jantina sendiri . Tapi bila dah bercerai berai , masa tu la kawan ni paling berharga . Contohnya mereka akan update status macam ni dekat Facebook .
Ingat aku tak boleh hidup keeeuw tanpa kau ? Aku adeew kawan-kawan leeuw ! Huh ! Tak hingin den nak hidup dengan orang macam ekau !
Part ni aku malas nak hurai . Korang faham-faham sendiri la .

6.Buat lagu .

Mesti semua pelik kenapa aku cakap buat lagu kan ? Ini hanya untuk musician la . Contohnya macam aku , aku ada satu video di mana aku buat lagu untuk ex aku . Sorry Ex . Kita dah baik kan pun . You wouldn't even read this . I know that . Haha . Contohnya macam Video aku dekat atas sekali .

By the way , lagu ni mendapat comment sebanyak 400+ masa ianya dipost di Facebook . Sekarang aku dah hide pun video tu . Thanks to Zee Avi .


*Video tu dibuat masa tekanan dan masa zaman pra-matang . Jadi jangan ingat aku jahat . Itu dulu-dulu . 


Conclusion


Tak semua Ex tu jahat . Maybe ada sebab tertentu dia tinggalkan korang . Jangan musuhi . Semua diorang adalah manusia biasa yang tak terlepas dari kesilapan . Jangan judge diorang dengan terlalu senang . Minta explanation and penjelasan dari diorang . Bermusuh or bercerita kepada orang ramai tentang keburukan dia tak menyelesaikan masalah . Thanks readers . Leave your feedback and share it on your wall on Facebook .

Friday, 16 September 2011

Lelaki dan Perempuan Hanya Perfect Bila ,

Assalamualaikum

Hai readers , sihat ? Sorry lama tak update and merapu dalam post sebelum ni sebab laptop aku rosak . Keyboard semua rosak and tak boleh ditekan langsung . Sekarang baru dapat update . Dengar cerita ramai rindu dengan carutan and lawak bodoh blog ni . Sekarang aku dah datang , awek-awek cun semua , sila baca .

The story begins now . Aku rasa semua dari korang pernah dengar kan ada orang kata macam ni .
Cik Awek / Mr Balak aku memang perfect gila dah . Takde cacat cela . Semua yang aku nak dah ada dekat dia ,
Familiar ? Sangat kan ? Nice . Perfect sangat kan ? Macam mana perfect tu ? Pernah korang pandang dari aspek yang sepatutnya ? Contohnya aspek paling penting , Agama . Aku rasa sikit je zaman sekarang yang betul-betul nak cari Cik Awek or Mr Balak yang ada ciri-ciri agama . Buktinya banyak . Contohnya macam ,
Ris , dia lawa Ris . Rambut dia ! Perh ! Bau sunsilk pink . Tengok rambut gua dah steam der !
Dia handsome Ris , bulu kaki dia banyak ! Boleh buat bulu berus kasut dah ! Sweet nya dia .

Ini kesilapan biasa dalam istilah PERFECT atau pun SEMPURNA . Aku rasa tak banyak orang yang cari orang macam ni ,

Ris , aku nak orang yang boleh kejut gua Solat Subuh . Yang berani tegur gua tak solat masa dating .
Aku nak orang yang masa dating Ris , dia pakai seluar panjang . Senang kalau nak drop by surau . Tak payah nak cari kain merata .
Pernah dengar tak orang yang cari orang macam ni ? Macam takde je kan ? Takpe . Sekarang kita tengok macam mana baru boleh orang tu dikira sebagai PERFECT atau SEMPURNA .

Lelaki and Perempuan Hanya akan Perfect bila ,

1. Solat Penuh Lima Waktu

Bab solat ramai yang pandang keliling . Memang isu ni sensitive . Even aku pun kadang-kadang tinggal . Biasa nya subuh la . Pernah tak benda ni masuk dalam ciri-ciri Cik Awek and Mr Balak korang yang perfect ? Macam tak je kan ? Jangan risau , aku faham masing-masing ada taste tersendiri .
Ala Ris , aku pun tak solat . Nanti tegur kang , dia cakap aku good-good pula . Aku pun keluar pakai seluar pendek .
 Biasa le tuew Ris , aku keluar pakai mekap 4 lapis . Kalau kena air wuduk , susah la nak nampak glamour .
Aku rasa ramai yang terlepas pandang benda-benda macam ni . Ramai yang ambil benda ni sebagai benda remeh dan kecil . Okay , aku bagi satu situasi kat korang .
Satu hari , dah ada anak . Then korang as parent tak solat or mengaji depan dia . And lebih terukkan keadaan bila korang tak pernah ajar dia pun . Jangan terkejut kalau nani korang nak mati , takde orang nak baca kan yasin untuk korang . 

Ini situasi pertama . Try tengok situasi kedua ,
'Papa , Mama . Adik nak solat . Boleh ajarkan tak ?' , cuba tempatkan korang dekat situasi ni . Apa korang nak jawab ? Nak cakap tak payah sembahyang ? Nak kena panah petir ? 
Ada satu kawan aku cakap , dia nak kan orang yang boleh bimbing dia ke jalan yang benar . Jalan yang lurus , kalau Solat yang senang tu pun susah nak tunaikan , macam mana denga amalan lain ? Macam ni korang cakap sempurna ? Macam tak je . Kalau penuh poket macam mana pun , tapi solat tak penuh , aku rasa dah hilang semua sifat-sifat sempurna tu kan ? Fikir-fikirkan dan selamat beramal .

2.Tutup aurat .

Bab ni pun sensitive . Aurat kan dah jadi macam benda biasa . Aku rasa sikit sangat orang yang nak Cik Awek yang sopan-sopan . Yelew , kalau sopan , nanti tak market la der .
Awek gua mesti pakai baik punya . Baju kalau tak dedah banyak tempat , gua tak bagi keluar . Mesti seksi . Skirt bagi nampak seluar dalam Pink . Itu standart awek gua la .
Kami yang lelaki ni pun syok la menatap awek kau . Dengan belanja dada baik punya . Punggung belanja warna pink plus longkang free . Thanks man .
Ris , Kau ingat awek tudung tu baik sangat ke ?Kitorang yang open-open ni jahat la ?
Mana la aku tahu diorang baik ke tak ? Tapi , bertudung tu kan wajib , jadi dosa kalau tak pakai . At least dari luar , nampak la baiknya kan ? Dari kau macam dah berbogel dekat Mall tu .

3. Respect

Respect atau kata lain hormat . Semua orang pernah dengar perkataan ni . Tapi maksud sebenar ramai yang confuse and tak faham langsung . Respect dari berbagai aspek terutamanya , dari segi hubungan korang . Ramai dari orang yang aku jumpa sendiri tak tahu macam mana nak hormat and respect pasangan masing-masing . Sad to say , kebanyakan adalah lelaki . Sorry guys , aku tak boleh nak back up korang . Blog ni berdasarkan fakta .
Awak , nanti kita dah boleh pegang tangan kan kalau dah couple ?
Aku rasa hampir semua perempua pernah dapat ayat macam ni kan ? Ini ayat common dalam macam mana nak start a 'Direct Contact' . Girls , korang pernah dengar tak satu quote yang berbunyi macam ni ,
Physical contact has nothing to do with a relationship .
Melalui quote ni aku rasa korang sepatutnya lebih dari faham maksud respect kan ? Kalau betul-betul lelaki ni respect dekat korang as his girlfriend or future wife diorang , diorang takkan start any move . Lagi pun , korang tahu kan couple tu menjurus maksiat ? So untuk kurangkan lagi percentage untuk ke next stage is 'Prevent Any Direct Contact' .

Tapi Ris , bila dia pegang tangan aku masa jalan dekat mall , nampak macam kami ni sweet sangat .
Kepala Tok Ayah kau sweet . Tu kan haram . Pernah dengar bahawa Pegang Bara Api Lebih Baik Dari Pegang Tangan Orang Yang Bukan Muhrim ? Kalau lelaki tu ikhlas , mesti dia sanggup untuk tunggu bila korang dah sah . Kalau sekarang dah ajak geli-geli , check in bagai . Faham-faham la .
4.Tolerate

Maksudnya tolak ansur and lebih kepada memahami . Kebanyakan orang yang bersayang-sayang ni macam dictator . Selalunya nak control gila-gila . Nak yang specific dari orang lain . Contohnya ,
Nanti you kalau nak pergi mana-mana , bagitahu I . Pergi tandas message dulu . Bagitahu berapa banyak tahi keluar .
Nampak ? Tak boleh tolerate langsung . Bebas sikit boleh kan ? Ruang sikit untuk bergerak . Kadang-kadang tu aku tengok sampai ada lelaki yang sepatutnya jadi lelaki bertukar jadi perempuan . Bengang pun ada . Gua lelaki kot . Usya lelaki tu follow buntut perempuan tu je . Sampai makan dengan kawan-kawan pun dah tak boleh .

You nanti breakfast , lunch and dinner kena makan dengan I . Kalau tak , kita break . Ingat ! Ini ugutan dari I .
Kesian kau lelaki . Telur tu dah boleh simpan dalam poket dah bila ada dengan awek . Nice . Bukan la kau kena control perempuan tu or sebaliknya , tapi cuma toleransi tu lagi penting . Kalau macam ni , Ciri-ciri Perfect tu macam jauh lagi je .

Conclusion


Kalau nak aku huraikan lagi , memang berjela and tak habis nak di troll . Ni aku ambil hanya yang penting untuk korang tahu . Ini pendapat aku sebagai manusia biasa yang tak perfect . Aku pun rasa aku tak layak nak troll benda-benda macam ni , tapi kadang-kadang kena tegur silap orang lain . Minta maaf kalau post kali ni menyentuh sensitivity korang . Maaf . Thanks  for reading Readers